'semangat, mari peluk aku cepat!'


Hari ini,
Kiri dan kanan aku nampak sama
Kalau dulu,
Belok ke kiri walau cahaya berbalam-balam
Tetap ada keghairahan di hujungnya
Belok ke kanan meriah dengan pesta di tepi jalan

Hari ini,
Kopi atau sirap bandung yang aku teguk rasa air putih
Kalau dulu,
Baru jam 10 minum air kopi
Dan tak sampai jam 11 tekak sudah teruja mahu teguk sirap bandung

Hari ini,
Pagi dan petang tetap rasa gelita macam malam,
Kalau dulu,
Bila petang menjengah sudah tidak sabar mahu ucap selamat malam
Dan bila baru lelap mata sebentar sudah terjaga mahu ucap selamat pagi!

Hari ini,
Hujan dan terik tetap rasa macam duduk di peti beku, dingin!
Kalau dulu,
Hujan baru titis 3 sudah berebut sarung baju panas
Dan tika terik menyengat kulit sudah tak gagah berjalan walau payung di atas kepala

‘Semangat, mari peluk aku cepat!’

Aku mahu rasa kiri dan kanan itu beda
Aku mahu rasa kopi dan sirap bandung itu tak sama
Aku mahu rasa pagi itu nyaman, petang itu tenang dan malam itu indah
Aku mahu rasa hujan itu sejuk dan terik panas itu bahangnya mampu membakar kulit!


Aku Mahu Semangat!

Comments

  1. hope 'semangat' come to you!

    regards,
    Xandria

    ReplyDelete
  2. hope.stand.still.smile

    waiting for d 'semangat'!yeahhh!!!

    ReplyDelete
  3. hurm...saat yg pernah dilalui.
    mencari & menanti semangat...
    sukar untuk meraih semangat, tp
    semangat itu akn datang andai
    kita tahu untuk memilikinya...

    ReplyDelete
  4. puteri cahaya,
    bila dpt memiliki semangat macam menyimpan nyawa, takut melayang tak terganti!

    ReplyDelete
  5. PK

    da cari anak antu seni,mmg kena amik semangat dia la!

    ReplyDelete
  6. knapa bicaramu berlainan...terdpt riak-riak kesedihan, carilah ia jika ia berjauhan dr mu, peluklah dia jika ia berpaling dr mu.

    ReplyDelete
  7. setiap yg terbang pasti kena landing jugak! laparpo! watakungsi! landing time!!!

    ReplyDelete
  8. Anonymous
    klu aku mampu cari, aku akan terbang dapatkan dia
    klu dia berpaling, aku harap dia mampu aku peluk

    tegezoot,
    skrg masa landing sbnrnye...rht n mkn kit kat!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

J A T U H

Love Your Life