Thursday, July 18, 2013

PicStory Mory Morning Glory

Layan kan je gambar dengan 'kapsyen' yang diberi tu eh, ni tahap rajin update blog baq hang! sapa tak kuat iman jangan tengok tau!




Dinner last few months kot sbb mase tu kecewa tak dapat nak makan ikan bakar masa balik Penang, then gigih masak Ikan bakar siakap, sayur bayam dengan tempe goreng for dinner



My 1st try buat mee bandung, bos pun puji sedap..malu jap :)



Asam pedas Johor, my favourite, and this one memang dah banyak kali buat :)




Haaa...ni semalam try buat, nasi minyak yang tak berapa nak minyak, sebab less oil
gambar kurang jelas sebab phone tak canggih, bleh la tera tu no...



Kurma daging request by Emma, kalau selalunya I buat kurma ayam, sebab my fiance selalu request. his favorite dish



When I left Dell, there is mixed feeling..but I know that time I made right decision




The corner of the room in the old house that I rented in Penang




Before go to work, send the photo to Mr Fiance... :)




Gala dinner DHL in Majestic Hotel...make up sendiri, tak pakai mascara, x pakai bulu mata palsu sebab I rimas, but effect the eyeliner was awesome!


While waiting for Mr Fiance so ambil gambar dulu



Last day in DELL....





Bandung Trip




Bandung trip





Bandung Trip





Bandung Trip





I missed sepet soooooo muchhhhhhh, now 'she' with my future MIL, thanks mak tolong jagakan budak nakal ni :(




This is truly bff sebab we can carry it everywhere, can read it whenever you want, accompany bila bosan 




This is what I am wearing today :)

Wednesday, July 17, 2013

Puasa oh Puasa

Morning!
Walaupun dah tak pagi lagi...
Macamane puasa semalam? Ok tak?

Tahun ni I macam biasa masih menyambut berbuka dan berpuasa di rumah sewa. Alhamdulillah, kita masih berpeluang menyambut Ramadhan dalam suasana yang tenang dan aman damai. Tp tahun ni lain sikit sebab menyambut puasa di KL and this time I ada housemate cik Emma Z.

As a penangites referring to Emma and orang yang duduk lama kat Penang macam I ni, memang we will complaint about food. Sepanjang I duduk kat KL ni and keep try new place utk makan, still lagi tak kena dengan tekak. Tiap kali balik penang memang makan tak ingat la, jenuh heret Farih and Ratna suh bawak pusing Penang pegi tempat makan yang I suka makan.

Masa bulan puasa ni, macam-macam makanan ada, dan sedihnya dah puasa ke 8 tapi satu bazar pun I tak sempat nak pegi. Semuanya sebab kerja yang melambak dan bertimbun, bila dah siap-siap nak balik rumah, masa tu dah pukul 6, memang tak sempat la nak membeli di bazar, dengan jam lagi. Sudahnya, singgah je la dekat warung kuih dekat dengan ofis tu, kalau rajin sikit I pun masak la apa yang patut.

Tapi, tahun ni selera makan I pelik sikit. selalunya masa berbuka orang akan makan lebih sikit then masa sahur makan yang setakat kurma dengan air je. I pulak terbalik, masa berbuka I makan kuih je, kalau makan lebih sikit boleh muntah, dah beberapa hari macam ni. Bertabahlah wahai badan, jangan sakit2 ok. ada 20 hari lagi untuk mencukupkan rukun Islam ni. I wish I dapat puasa penuh tahun ni.

Tahun ni juga alhamdullilah, puasa ke 3,4 & 5 I dapat balik Johor, seronok betul sebab bos offer cuti. Maklum lah cuti tahun baru berusik 2 hari je, jadinya dia offer la suruh ambil cuti minggu lepas. Pandai pulak bos ni ambil hati I eh. Ehem..ehem sepanjang dah nak masuk quater 2 kerja di tempat baru ni, alhamdullilah I tak pernah ambil MC. Hope boleh dapat perfect attendance! I bukan jenis yang suka nak ambil kesempatan untuk MC sesuka hati macam sesetengah orang. even masa kerja di DELL for 3 years, my MC boleh dikira dengan jari. Harapnye rekod tu masih boleh di pertahankan.

Ape pun dimana jua kita menyambut Ramadhan, di mana pun kita kena berbuka puasa, di dalam bas ke (aku la tu, masa ahad lepas) di pejabat ke (aku jugak sbb semalam keja menimbun), di dalam kereta (contohnya my fiance sbb jalan jem kat penang) dalam lrt (tak pernah rasa lagi) dan dimana-mana la, di luar negara ke, harapnya Ramadhan ni akan jadi yang lebih baik dari yang sebelumnya. Lebih berkat dan lebih di manfaatkan dari tahun sebelumnya.






Teringat roti perisa pandan yang I makan dekat Bandung tiap kali waktu sarapan, kat Malaysia ada tak?


Bazar Ramadhan sekitar Lembah Kelang


p/s Baju raya dah siap..thanks Mak sebab siapkan cepat :) , tak sabar jugak nak buka puasa dekat penang minggu depan. 



Tuesday, July 09, 2013

Ramadhan Al Mubarak

July 2013, tinggal 1 hari je lagi umat Islam akan berpuasa. Alhamdullilah... bertemu lagi kita dengan Ramadhan




Harap Ramadhan kali ni lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya. Lebih diberkati. Lebih di manfaatkan dengan ibadah. Kalau boleh nak luangkan masa dengan terawih.

Jangan lupa niat puasa ye kawan-kawan :)