Bermula Sekali Lagi

Dalam hidup kita, ada satu-satu masa yang terpaksa kita bermula sekali lagi.
‘Restart all Over Again’
Bermula dengan yang baru tak semestinya yang lama itu di buang, kalau masih elok dan tidak beban otak untuk menggalas, ayuh,bawa yang lama untuk rujukan! Cuma adakalanya bila bermula sesuatu yang baru itu kita terpaksa buang dan kambus terus yang lama. Memang perlu buang jauh-jauh kalau sakit untuk di gendong dalam benak otak.

Setiap pagi bila celik dari mati yang sekejap, aku percaya ada sesuatu yang baru akan berlaku dalam hari itu. Terima kasih TUHAN sebab bagi aku peluang untuk hidup lagi. Bersedia dan sabar! Penting menghadap hari depan yang kabur. Adakalanya aku merancang hari depan, merancang tiap inci. Hidup ini perlu ada makna, untuk apa, untuk siapa.

Kadang kala kita cuba berbasa basi tentang hidup, ambil endah tak endah. Aku juga ada masanya begitu. Melayari hari tanpa ambil pusing tentang hidup esok. Nama pun manusia, yang selalu tak sempurna dan ada masa juga anggap diri terlalu sempurna.

Aku ada masanya mahu rentang kain putih dan balut tubuh sendiri bila sesuatu yang aku tak ingin jadi dalam hidup aku terjadi. Kadang-kadang mahu juga angkat bendera putih dan kibar tinggi biar semua musuh bersorak menang. Tapi aku tetap aku yang masih mahu berjuang dalam hidup, mungkin perang kau-aku tak sama tapi matlamat tetap sama, sama-sama mahu hidup dan merasa nikmat hidup.

Dan tika aku-kau tersungkur aku-kau juga tetap harap ada yang sanggup hulur tangan, pimpin bangun semula, sekalipun terpaksa bertatih sekali lagi, aku-kau tetap juga mahu bermula sekali lagi.

Aku harap bila bermula sekali lagi, sekali lagi itu akan jadi lebih baik dari sekali yang dulu. Manusia ini yang namanya aku kalau boleh tak mahu lagi endah tak endah tentang hidup, sebab aku sudah ada semangat.


Semangat hidup yang telah aku dakap, sekali pun dia berpaling aku mahu tahu dia tetap semangat yang mahu aku peluk. Sampai bila-bila.

Semangat yang aku bawa bersama tika aku terbang bertemu bintang atau waktu aku tersungkur jatuh mencium tanah!


*untuk DUSTA crew kita bermula sekali lagi, mengembara bersama semangat mahu berjuang!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

J A T U H

Love Your Life

'semangat, mari peluk aku cepat!'