J A T U H

J A T U H

Terjatuh dan kemudian tersadung
Lalu tersungkur menyembah bumi
Luka di tangan dan lutut
Merah warnanya darah 
Semerah luka hati yang ditoreh

Cuba bangun dan mengapai untuk dibuat tongkat
Namun patah kerana dek reput
Terjatuh lagi, kali ini sakitnya bertambah
Selumbar kayu menyucuk tangan
Bisanya hingga ke tulang

Diraih segala keringat yang ada
Ditampung segala beban menyeksa
Digagahkan kaki berdiri
Dikuatkan hati untuk melangkah

Perjalanan masih jauh
Kalau jatuh lagi, bangunlah
Bangkit, kerana dugaan mematangkan hidup







Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dania Qistina - Doa Untukmu

'semangat, mari peluk aku cepat!'