Saturday, September 25, 2010

Dusta Family


Pic Raya ( sebab masih dalam mood Raya)
The sisters photo :)

Diyana Aini
Nadya Aini
Huda Kirana
Soffy Kirana

Empat2 ni time amik gambar boleh la senyum2 bagai



The Cast
The Crew






REMINDER!!!

The show will be at

Penang Show (8, 9 & 10 Oct 2010) Audi P Ramlee

KL Show (16 & 17 Oct 2010) Panggung Bandaraya

To all Crews & Cast thanks for the support, and keep practice!

Thursday, September 23, 2010

Wedding & Aman




before acara melompat-lompat

The boys

The Couple
This is US
Me :)

Last Saturday I attending my friends wedding at USM, arrive at the ceremony on 1pm, after snap few photo with the Couple then go to Asraf (my colleague in Dell) as he have open house Sungai Petani,Kedah after that went to Alip ( Farih's friend) at Taiping, Perak then arrive at Future Parents in Law house at Changkat Jering, after that head to Opah's house at Padang Rengas then back to Penang at 5am as we have to send Hanip - Farih's friend to airport. What a busy day kan? within 2 days we have to be at 3 different state. Raya setahun sekali, ni lah peluang nak bersama rakan-rakan & keluarga. Sesi beramah mesra :)

Oh ya! on last 21st Sept adalah Hari Keamanan Sedunia, selamat menyambutnya...tapi aku masih tertanya-tanya, agak-agak hari tersebut semua tentera Israel simpan senjata kat rumah and bergurau senda dengan keluarga mereka tak? kalau tidak ...maknanya tak bermakna Hari Keamanan Sedunia tu di adakan - PBB sila jangan marah aku, sebab aku dah muak dengar cerita perang, kat Malaysia ni pun dah berjangkit, nak membunuh, nak tarik nyawa orang macam tarik nyawa ikan je!

Semoga Keamanan yg kita cari tu dapat kita rasai, aku harap, semua pun berharap!

Friday, September 17, 2010

Kembali Ber'DUSTA'

copy dari Blog Pengarah - Arts for Life

Nampak gayanya penangan DUSTA memang menjadi!
Aku yakin, rakan produksi lain turut teruja untuk beraksi lagi, terima kasih pada Tuan Pengarah kerana beri kami peluang lagi.
Dusta akan menemui penonton di Penang dan Kuala Lumpur Oktober ini.
Harapnya sengatan kami lebih berbisa berbanding Dusta yang lepas-lepas.
Temui kami
8, 9 & 10 Oktober 2010
Jam 8.30 malam
Auditorium P Ramlee, Penang
Tiket RM5
*****************************************
16 & 17 Oktober 2010
Jam 8.30 Malam
Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur
Selamat Berdusta!

Thursday, September 16, 2010

Selamat Malaysia Raya!

Selamat kembali bekerja!

Setelah puas berhari raya, makan kuih raya dan ketupat segala, marilah kembali bekerja untuk negara (dan diri sendiri) Minggu ni masih sibuk mengatur acara undangan perkahwinan, rumah terbuka, berkunjung ke rumah saudara mara di Utara pulak :) Penat tapi seronok!

.

.

.

Orang ni pelik kan? Ramai orang pelik yang kita tak jangka dalam dunia ni. Cuma Allah je yang tahu macamana sebenarnya.

Orang yang nampak baik tak semestinya dia betul-betul baik, ada yang nampak jahat tak semestinya dia betul-betul jahat. Hati masing-masing, sendiri jagalah kan. Sebab semua perkara bermula dari hati. Macam Kes Datuk Sosilawati, siapa sangka salah seorang suspek merupakan orang yang sangat baik based on feedback rakan-rakan beliau. Apapun semoga pihak polis dapat menyelesaikan perkara ini secepat mungkin, kepada keluarga yang terlibat, harap bersabar ,menempuh dugaan. Dunia sekarang macam-macam boleh jadi.

Ada juga orang yang masih tak Merdeka walaupun negara kita dah merdeka, ye lah masih takut dengan diri sendiri, orang yang takut dengan diri sendiri dan rasa tak 'secure' tu memang akan buat perkara-perkara yang memalukan diri sendiri yang dia sendiri tak sedar :)
Mungkin aku perlu beritahu yang bakal mak mentua aku cikgu macam mak dia, tapi bezanya bakal mak mentua aku kelulusan Degree dari Nottingham University, bakal suami aku pun duduk oversea dari kecik sebab ikut maknya yang sambung belajar, hurm atau aku perlu bagi tahu kat dia yang aku dengan bakal suaminya tu satu sekolah dan sama-sama anak peneroka ( cuma bakal suaminya tak mengaku anak felda, siap menipu segala -lagi hipokrit) dah lepas setahun pun masih takut-takut lagi? ingat aku 'ingin' sangat nk merampas balik jantan tak guna tu? bagi free untuk jadi khadam aku pun belum tentu aku mau!
Kesian dengan orang yang takut dengan bayang-bayang sendiri, rasa tak 'secure' sebab tu rasa perlu 'private' kan? (hahaha...ada orang jadi stalker tapi tak ngaku, kalau tak macamana dia tau kan apa yang aku tulis?) biasalah orang yang takut sebab buat salah, kalau tak buat salah buat apa nak risau, nak tukar-tukar link, nak private segala.

Selamat Sambung Kerja!


Selamat Hari Malaysia

Kun Kun Kun
Malaya Pak Ji Pun
Ji Pun Tung Kim Thui
Malaya Lawan Jepun!

Ki Chui Malaya Ki Chui!

Berapa kerat yang tahu sejarah pembentukan Malaysia? Berapa ramai yang tahu kenapa kita menyambut 16 Sept sebagai cuti umum?

Monday, September 06, 2010

Raya Oh Raya

Raya last year ;) with nurul
with Intan
Our photo over & over again :)

Salam Aidilfitri,
I guess ramai yang dah pulang ke kampung halaman kan? I je yang masih di ofis, bekerja menyudahkan paper work sebelum bercuti selama 6 hari. My luggage dah ready semalam, baju raya confirm takde dalam tu, yang ada cuma kuih raya yang di pesan dari 'bakal Mak Mentua', Kuih Samperit dgn Tart nenas beliau memang terbaik lah! cair dimulut tau~

Baju raya? hahaha...dari kecik sampai besar I memang ada tukang jahit sendiri, tak payah susah, bagitau je nak warna ape, fesyen mcamane, nak letak manik-manik penuh dada ke? nk jahit berbiku-biku...semua my mum yang jahitkan, (mak I tukang jahit, sesungguhnya I tak perlu nak membazir duit nak membeli dan menempah baju raya). Tiap-tiap tahun mak ambil upah jahit baju, biasanya orang akan tempah utk se'family' termasuk la baju melayu lelaki.

I pandai menjahit tak? of course la pandai...darjah 6 dah belajar gunting kain, baju kurung pertama yang I jahit, masa saya tingkatan 3..ada sampai sekarang tau! siap jahit mata lalat kat leher tu :) cuma sekarang dah kurang sikit masa...tapi kalau dah kahwin nanti memang nk mintak kat bakal suami belikan mesin jahit. At least nanti bila ada masa boleh tajamkan balik skill menjahit tu.

my mum selalu pesan, walaupun jadi orang yang bekerjaya, kena tahu serba serbi...masak, menjahit, berkebun at least kita ada nilai tambah as a women, women with brain and skill, my mum really particular about that, as she have 4 daughters and she sacrifice her career when my 3rd sister was born. My mum also our teacher as she will provide at least 1 hour out of her busy day to teach us. Love u mum & thanks for everything :)

Rasanya persiapan raya dah complete, cuma duit raya untuk anak-anak buah je tak tukar lagi kat bank, pilihan saya tentulah Maybank. Esok dah siap buat appointment dengan Mr Chin, my Maybank Account Consultant.

Ucapan untuk semua
Salam Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Berhati-hati memandu di musim perayaan, ingatlah orang tersayang!
Sesungguhnya kepulangan anda amatlah dinanti.

Friday, September 03, 2010

my luv is countless


150 juta by Fynn Jamal

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?"
"Apa kau buta, apa kau pura-pura suka"

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

"Dia mungkin bengis seperti singa"
"Tapi dia nangis tonton cerita Korea"
"Dia mungkin keras bila bersuara"
"Tapi dia jelas, jujur apa adanya"

"Aku lagi kenal dia"

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

"Saya mungkin baran tak kira masa"
"Tapi saya tahan kalau yang salah saya"
"Saya mungkin saja keras kepala"
"Tapi saya manja bila kita berdua"

"Saya kenal sayang saya"

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..

lagu ni memag dah lama, since 2009...memang dah gila lama, tp baru sekarang orang tgh gila-gilakan

Fynn, thanks for making this song for all of ppls!
kau memang dah buktikan lagu puisi bukan lagu pelik, teruskan perjuangan!