Sunday, August 30, 2009

PAMERAN MASA



2 hari selepas aku cecah 26 pada 26 lepas.

Semalam aku susur pameran masa yang bergerak depan mata.
Lorong-lorong sempit pameran aku susur, tanpa mahu aku tinggal walau sekedip mata.
Tapi apakan daya, mata aku bukan skrin TV.
Aku manusia yang perlu kerdip mata untuk cuci lensa pinjam-pinjaman TUHAN ini.

Pameran masa semalam, aku cuma dipisahkan dengan kaca setebal setengah inci.
Hujan di luar mencurah-curah.
Dinginnya menggigit kulit.
Mengajak mindaku berfikir-fikir.

Akhirnya aku dengan kurung ungu tanpa kasut,berlari keluar.
Ingin lihat pameran masa lebih dekat.
Aku kuyup.lencun.gigil.

*senyum walau pahit*

Dalam pameran masa itu, aku hilang dalam ramai.
sunyi.kosong.hilang

26 huruf yang aku tahu terkedang dibenak.
Betapa aku jadi jakun bila melihat ABC.
Betapa aku jadi tolol mahu susun kata.

Semua jadi tak kena.

Sesungguhnya aku sudah habis kalam mahu pujuk dia. Aku yang khilaf.

Dan aku sedang tenggelam dalam pameran masa, biar masa yang terus memotret aku dalam pameran ini.

Thursday, August 27, 2009

CERITA I hingga IV

Cerita I

Aku sudah ada dalam perut bas, perjalanan yang mungkin suhunya 36° C (suhu badan aku la, bukan suhu bas tu) akan menuju ke Johor Bharu. Tak sabar betul nak sampai rumah. Sampai kat jambatan Pulau Pinang aku da terlelap…sedar-sedar da dekat KL, lepas tu sambung tidur balik then sedar-sedar da kat Larkin. Terus turun dengan muka yang x mandi tapi control lawa tu, aku turun bas…

Dalam kepala otak, macam-macam aku fikir, mana satu nak buat dulu bila sampai rumah nanti. Abah jemput aku. Aku tengok Abah makin tua, rambut yang memutih itu makin banyak. Aku sambut tangan Abah, Abah gosok kepala dan peluk aku seperti selalu. Kasih Abah tak pernah kurang biar aku buat salah melimpah, marahnya tanda dia sayang yang tak pernah bertepi. Aku berbual dengan Abah sepanjang jalan, macam-macam cerita keluar.

Akhirnya aku sampai satu tempat yang aku boleh panggil itu RUMAH!

Sampai rumah, aku nampak Ofea dan Nitan, sudah tunggu aku depan halaman rumah. Berlari-lari Ofea peluk aku, berebut dengan Nitan untuk angkat beg. Aku terus masuk rumah dan cari Mak, peluk dan cium pipinya. Rindu pada Mak, dia selalu berada disisi telinga walau aku berjauhan dengannya. Mendengar semua yang terbuku dalam hati aku, mengucap sabar bila aku menangis di hujung sini. Ketawa sama bila aku mengusiknya.

Ofea dan Nitan, suka dalam tak suka bila aku balik, pertamanya suka sebab ada orang yang boleh manjakan mereka, masakkan apa saja makanan kegemaran mereka, tak suka sebab akan ada orang yang akan bebelkan mereka bila kerja sekolah tidak beres, tidak ulangkaji dan juga malas mengaji. Mereka tahu aku juga akan sakat mereka. Tak sampai 2 jam Ofea da menangis sebab aku cakap muka Ling Ling dalam WonderPet tu sama dengan muka dia. Sorry sis…

Most part yang best sebab boleh baring sebelah Mak, berbual-bual, main tangan & rambut dia.

(Abah, kakak curi Mak malam ni boleh?)

Bercuti dan pulang ke kampung rasa macam waktu menghambat, tidak cukup! Bila waktu pulang harap masa dilambat-lambatkan, lengah-lengah kalau boleh. Masa berpisah tetap tiba!

*pengalaman bersahur dan berbuka yang paling seronok untuk tahun ni!


Cerita II

Angka dia itu sudah cecah 26
Ikut kira 26 Ogos 1983
17 Zulkaedah 1403 Hijrah tahun Islam
Tanggal lahirnya
Semoga dia panjang umur
Semoga dia terus murah rezeki
Semoga apa yang dibuat berjaya
Semoga dia terus dirahmati ALLAH
(sudah aku terjemah dalam bahasa ibunda)
Itu ucapan dari keluarga & teman yang tidak putus ucap selamat
Terima kasih!

*Semangat Sudah Peluk Dia

Cerita III

Wisdom tooth @ orang melayu kata geraham bongsu mahu tumbuh, tapi yang aku alami ni memang teruk. Pada hari ahad gigi bahagian bawah mula tumbuh, sakitnya boleh tahan jugak la, sebab memang dah takde ruang untuk gigi tu tumbuh, dan natijahnya gigi tu menghimpit sampai kebelakang. Kemudian hari isnin tu, gigi bongsu yang bahagian atas pulak tumbuh, Ya ALLAH! Dugaan betul. Kedua-dua gigi tu tumbuh on left side, satu atas satu bawah. Yang bahagian atas tu pulak bila aku tutup mulut dia akan hit gigi bawah, kalau silap sikit memang gusi aku yang berdarah teruk. Masa kat Johor aku jumpa doktor, dia cuma bagi pain killer dgn antibiotik. Mungkin doktor tu takut side effect lagipun mulut aku bukan boleh buka luas pun. Tapi bile tadi pagi sampai Penang, memang betul2 tak tahan sakitnya, so pegi jumpa doktor tengahari, dia cabut gigi bahagian atas. Bleeding jgn cakap la, sampai skrg ni mulut aku ada cotton. Gigi bahagian bawah pulak kena tunggu sampai minggu depan utk rawatan susulan dan bakal di operate, untuk keluarkan gigi tu. Gigi tu da kena infection. Nak cakap punya la perit, nak makan lagi seksa, dan tadi aku call Mak, walau aku tak boleh bercakap, cuma tangisan aku yang Mak dengar, di hujung suara Mak dan Abah mengucap ‘sabar…sabar…kamukan yang paling kuat antara anak-anak abah’

Info Gigi Geraham Bongsu @ Wisdom Tooth

Latar belakang
Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.

Apakah komplikasi gigi bongsu terimpak?
Gigi bongsu yang terimpak boleh menyebabkan:
Kesakitan
Jangkitan
Kebengkakan
Penyakit gusi
Nafas berbau
Kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan
Kesukaran membuka mulut

Bila anda perlu berjumpa doktor pergigian?
Jumpa doktor pergigian jika berlaku keadaan seperti berikut:
Kebengkakan gusi di sekeliling gigi bongsu
Kebengkakan muka
Kesukaran untuk menelan
Kesukaran membuka mulut
Demam

Bagaimana anda boleh melegakan kesakitan?
Dapatkan rawatan secepat mungkin.
Anda boleh mencuba petua berikut bagi melegakan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:
Makan ubat penahan sakit
Berkumur dengan air suam yang dicampur sedikit garam
Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi.
Hisap ketulan air batu supaya gusi menjadi kebas.

Rawatan oleh doktor pergigian
Rawatan berikut mungkin diberikan oleh doktor pergigian:
Gigi dan gusi dibersihkan dan dicuci dengan air saline (air garam).
Antibiotik diberi jika ada tanda-tanda jangkitan (infeksi).

(a) Jika gigi bongsu tidak terimpak :gusi yang berlebihan perlu dibuang (insisi).

(b) Jika gigi bongsu terimpak dan masalah berulang :gigi perlu dicabut melalui pembedahan.

X-ray gigi berkaitan mungkin perlu diambil untuk menentukan kedudukan gigi tersebut.

* ceh! Baru wisdom tooth tumbuh dan kena cabut kau da hilang taring?
** wei! Sakit la bodoh!!!(ayat dalam hati sebab tak mampu nak menjerit!)

Cerita IV

Aku akan dirantai kembali!


Malam DUSTA PADA SKALA 1 HINGGA 10 bermula lagi, aku mahu fokus. Tarikh persembahan sudah diumum tanggal 9 hingga 11 Oktober 2009, 8.30 malam di Auditorium Rumah P Ramlee tempat persembahan bakal di adakan.

Rakan-rakan yang mahu lihat saya beraksi lagi, sila tanda kalendar anda! Datang tonton ya!


Friday, August 21, 2009

.:Selamat Tinggal:.

saya mahu pulang
bonda & ayahanda
::anakanda mu pulang!::
si dia
::esok kita buka puasa sama2 ya!(tak sabar nak bertekak dan berperang lidah dengan kamu dan saya tahu kamu akan tetap biarkan saya menang macam selalu!) nanti kita amik gambar banyak2::
Lurun
::tak best la balik kali ni kamu takde kat rumah, rindu la wei!::
Ofea
::saya tahu esok kamu pasti akan menangis sbb saya akan kacau kamu sampai kamu menangis::
Nitan
::malam esok kite akan tidur lambat, berbual sampai pagi, bergaduh lepas tu baik balik, berebut siaran tv, dengar lagu yang kita suka, main make up, tangkap gambar byk2 dan main kejar2 dalam rumah macam selalu yang kita buat bila saya pulang::
Ms Karlene
::saya tinggal kamu 5 hari je tau! saya pasti akan rindukan kamu::
My Blog
::saya tinggal kamu dulu ye! balik penang baru saya 'update' kamu!::
Mr Chomel
::terakhir tapi kamu yang paling saya rindu sekarang!saya tak sabar nak jumpa kamu 28 ni, hati saya cuma untuk kamu seorang je tau!::
**mood saya x berapa baik hari ini, kerja saya bertimbun2 macam burger dan berlapis2, rasa macam nak marah semua org jugak, rasa macam nak menangis pun ada jugak, jadi saya malas nak cakap dengan sape2, sape2 yang rasa mahu bertekak dgn saya hari ni lupakan saje niat anda sebab mood saya dalam keadaan negatif 10

Thursday, August 20, 2009

Thai Puppet Performance


.:Hun Lakhon Lek Joe Louis:.

Last night was so amazing night that me & Fadzrina had.


I receive an invitation from The Royal Thai Consulate-General, Penang to attend their 1st year celebration for the art & culture. They had a Traditional Thai Puppet Performance. Once the invitation in my hand, i did call them for reservation, the girl from Thai Consulate who attend my call ask me did im going to bring my partner or not. 'err...err..can i bring a girlfriend?' (see how straight n 'jakun' am i, just bring je la right? because later on they will not check who are the people that you bring in, i just need to tell them that i want to reserve for 2 ppls) hahaha...diyana, diyana...

so end up, i reserve 2 seats and start thinking who am i going to bring (i dont want to be alone to watch such a good performance) ratna! - she cant make it, coz she had to stay up after work. Fadz! - i text her on facebook, then waiting her for reply, owh..she said she might be got something to do that day. hurmm..lost hope nak tgk dgn Fadz (she's my girlfriend who really close to me after Ratna & Emma) but its ok, i have strong feeling that Fadz going to come with me.

Then next morning Fadz give the positive answer, she can make it!

By the way that morning which is yesterday, i feel so down (normally i will go the school with my dress or blouse & put make up) but then that morning, i even didnt wash my hair, didnt put make up and just wear shirt n jeans - can see how ugly am i that time! - i didnt bother at all ok..(ini semua gara-gara Mr Chomel a.k.a En Ketegaq saya!)

but on the evening everything went so well and colourful!heeee....
Time for relax & enjoy for the performance. i pick my blue silky dress and pep toe shoe which is black in color, and black handbag. around 6.15pm i go to fetch Fadz. and Fadz bought me something! she just comeback from Bandung last week (i really want to go there..i wanted to buy a lace clothes for my wedding!) as Fadz so concern that i really like to collect Pashmina@shawl, she bought me a black shawl with flower embroidery on top of it, that so nice! Thanks Fadz! so i match it with my dress, hee..see?she just make it perfect!

When we arrive the welcome speech almost finish! (that i really want actually, i dont want to hear the speech - boring la!)

The performance so amazing! I thought it just like normal shadow puppet show that i always attend before, but its not! totally different. (although that performance is amazing - but Mr Fazil lagi amazinng sbb i still igt kat dia mase tu!)

The performance is called Hun Lakhon Lek Joe Louis, the puppet is 3D puppet and have 3 persons going to move the puppet, 1st person handle the right hand and head, 2nd person handle the leg and follow the music, 3rd person handle the left side. it was so amazing when this 3 ppls have to synchronize with each other and at the same time they have to follow the rhythm and tempo. The story about Ramayana & Sita. The Hanuman character so catchy, he play with the audience, come and hug the audience. Actually me & Fadz so frust coz we both didnt bring a camera. My handphone camera got problem plak, i cant take photo, once i take photo it will hang for 2 hours. Damn it!

I really want to take a photo with those puppet and puppetier. Me & Fadz da mula buat muka tak malu, and searching around for anybody who can take photo for us and email those photo to us back. I saw someone, err..but i wasn't sure whether that girl still remember or not. Fadz dgn muka selamba ask that girl. That girl pandang i, hey! u lama x jumpe..hows u doing now?' (ok..that girl remember me,heeee...) so makin senang la kami nak tanya dia kan. kitorg mintak 1 pic je tau, end up But (nama that Thai girl is But) amik byk gambar kitorg. i will upload it once that girl send us an email tomorrow.

After the performance me & Fadz having a coffee at SegaFredo. Chit Chat until 10 something. Really womens talk. We talk a lot about our life and our future plan. future plan - we want to watch District 9 tonight. heeeee..........

* Mr Chomel - if you around sure you are the first person that will accross to my mind to acompany me to watch that performance.

Tuesday, August 18, 2009

Malam Balah


cinta kita bukan lagi untuk di mengertikan
tetapi untuk dirasakan

aku bukan lari
tapi aku mencari
mencari diri ku yang hilang dulu

malam balah semalam
malam jadi makin pekat
dan makin kelat
satu
saat jadi 24 hari itu seksa

aku mahu hitam kembali putih
dan warna merah darah kita tetap merah

harap pimpin tangan aku
sampai bila-bila

::Pelangi Aku 8 Warna::


SIA-SIA by Chairil Anwar

Penghabisan kali itu kau datang
Membawa kembang berkarang
Mawar merah dan melati putih
Darah dan suci
Kau tebarkan depanku
Serta pandang yang mamastikan: untukmu

Lalu kita termangu
Saling bertanya: apakah ini?
Cinta? Kita berdua tak mengerti

Sehari tak bersama. Tak hampir –menghapiri

Ah! Hatiku yang tak mau memberi
Mampus kau dikoyak-koyak sepi


* di kasi oleh si Luna (rakan gila puisi) untuk si Misa (rakan yang jakun)

Sunday, August 16, 2009

::musim memetik bunga::


sayang,
harap kamu terus pimpin tangan aku,
sampai bila-bila

sayang,
tandunya sudah siap
tinggal kita duduk saja

sayang,
walau aku pandangnya timur
dan kamu memandang ke barat
tapi kita tetap memandang bulan yang sama

sayang,
hati kita sudah satu
telah kita tinta dengan nama CINTA
kalam beku yang kaku sudah kau beri makna

sayang,
aku cuma org kerdil yg mampu menadah tangan
dan menutur 'AMIN' dihujung doa dgn tawakal
setelah semua usaha kita rencanakan...

sayang,
aku ini milik kamu sekarang,
hati aku juga,
walau hati itu sudah pernah berkecai dan lumat
terima kasih kerana kau sudi mencantum tampalnya
hati itu kini kuat degupannya dgn cintamu

terima kasih sayang!


untuk kamu (mohamed fazil), kamu itu untuk aku, sampai bila-bila...ini musim memetik bunga cinta sayang!
cinta kamu itu aneh ya! datang tanpa bunyi sebab aku fikir cinta bila datang mesti dengan loceng tanda!

Saturday, August 15, 2009

Bermula Sekali Lagi

Dalam hidup kita, ada satu-satu masa yang terpaksa kita bermula sekali lagi.
‘Restart all Over Again’
Bermula dengan yang baru tak semestinya yang lama itu di buang, kalau masih elok dan tidak beban otak untuk menggalas, ayuh,bawa yang lama untuk rujukan! Cuma adakalanya bila bermula sesuatu yang baru itu kita terpaksa buang dan kambus terus yang lama. Memang perlu buang jauh-jauh kalau sakit untuk di gendong dalam benak otak.

Setiap pagi bila celik dari mati yang sekejap, aku percaya ada sesuatu yang baru akan berlaku dalam hari itu. Terima kasih TUHAN sebab bagi aku peluang untuk hidup lagi. Bersedia dan sabar! Penting menghadap hari depan yang kabur. Adakalanya aku merancang hari depan, merancang tiap inci. Hidup ini perlu ada makna, untuk apa, untuk siapa.

Kadang kala kita cuba berbasa basi tentang hidup, ambil endah tak endah. Aku juga ada masanya begitu. Melayari hari tanpa ambil pusing tentang hidup esok. Nama pun manusia, yang selalu tak sempurna dan ada masa juga anggap diri terlalu sempurna.

Aku ada masanya mahu rentang kain putih dan balut tubuh sendiri bila sesuatu yang aku tak ingin jadi dalam hidup aku terjadi. Kadang-kadang mahu juga angkat bendera putih dan kibar tinggi biar semua musuh bersorak menang. Tapi aku tetap aku yang masih mahu berjuang dalam hidup, mungkin perang kau-aku tak sama tapi matlamat tetap sama, sama-sama mahu hidup dan merasa nikmat hidup.

Dan tika aku-kau tersungkur aku-kau juga tetap harap ada yang sanggup hulur tangan, pimpin bangun semula, sekalipun terpaksa bertatih sekali lagi, aku-kau tetap juga mahu bermula sekali lagi.

Aku harap bila bermula sekali lagi, sekali lagi itu akan jadi lebih baik dari sekali yang dulu. Manusia ini yang namanya aku kalau boleh tak mahu lagi endah tak endah tentang hidup, sebab aku sudah ada semangat.


Semangat hidup yang telah aku dakap, sekali pun dia berpaling aku mahu tahu dia tetap semangat yang mahu aku peluk. Sampai bila-bila.

Semangat yang aku bawa bersama tika aku terbang bertemu bintang atau waktu aku tersungkur jatuh mencium tanah!


*untuk DUSTA crew kita bermula sekali lagi, mengembara bersama semangat mahu berjuang!

Thursday, August 13, 2009

Aku Mahu Terbang

.:mahu belajar terbang:.

.:tapi tangan dan kaki terpasung:.

Aku mahu terbang,
tapi tak mahu jadi kumbang
hinggap ke satu bunga ke satu bunga
habis madu-sepah-dibuang

Aku mahu terbang,
tapi tak mahu jadi burung
terbang ikut angin monsun
sampai masa kena tembak dengan pemburu

Aku mahu terbang,
tapi tak mahu jadi kapal terbang
terbang ikut jadual
bawa muatan bertan-tan

Aku mahu terbang,
Mahu terbang tanpa perlu hisap madu
Mahu terbang tanpa ikut angin monsun
Mahu terbang tanpa ikut jadual

Aku mahu terbang,
Supaya aku bisa jumpa bintang setiap masa
tanpa tunggu malam datang menjelma
Sebab itu aku perlu semangat!

Semangat yang boleh bawa aku terbang!

Tuesday, August 11, 2009

'semangat, mari peluk aku cepat!'


Hari ini,
Kiri dan kanan aku nampak sama
Kalau dulu,
Belok ke kiri walau cahaya berbalam-balam
Tetap ada keghairahan di hujungnya
Belok ke kanan meriah dengan pesta di tepi jalan

Hari ini,
Kopi atau sirap bandung yang aku teguk rasa air putih
Kalau dulu,
Baru jam 10 minum air kopi
Dan tak sampai jam 11 tekak sudah teruja mahu teguk sirap bandung

Hari ini,
Pagi dan petang tetap rasa gelita macam malam,
Kalau dulu,
Bila petang menjengah sudah tidak sabar mahu ucap selamat malam
Dan bila baru lelap mata sebentar sudah terjaga mahu ucap selamat pagi!

Hari ini,
Hujan dan terik tetap rasa macam duduk di peti beku, dingin!
Kalau dulu,
Hujan baru titis 3 sudah berebut sarung baju panas
Dan tika terik menyengat kulit sudah tak gagah berjalan walau payung di atas kepala

‘Semangat, mari peluk aku cepat!’

Aku mahu rasa kiri dan kanan itu beda
Aku mahu rasa kopi dan sirap bandung itu tak sama
Aku mahu rasa pagi itu nyaman, petang itu tenang dan malam itu indah
Aku mahu rasa hujan itu sejuk dan terik panas itu bahangnya mampu membakar kulit!


Aku Mahu Semangat!

Monday, August 10, 2009

Bicara Sama Bintang


Mata mendongak langit

Bintang tanya 'kamu tunggu aku?'

'tidak, aku tunggu hujan' jawab aku

'tidak cukup hujan semalam?' Bintang tanya lagi

'cukup untuk membasahi bumi ini, tapi tidak cukup menyejukkan hati'

Bintang diam.

mungkin Bintang fikir aku kejam. Aku cuma mampu lihat bintang ketika malam.
Walau sebenarnya Bintang wujud setiap masa.

'Biar kamu lihat aku, biar aku tidak tunggu kamu, tapi aku cukup tahu kamu ada' kata aku
(biar pun sebenarnya dalam hati aku mahu kata ~ betapa aku mahu Bintang setiap hari, setiap masa!)

'E.G.O! jerit Bintang

'Ya, aku ego Bintang'

Bintang, harap kamu faham yang aku kini pijaknya di tanah, sudah tak mampu terbang dan bercumbu dengan kamu di atas sana ~ terlalu tinggi untuk aku. Aku tunggu hujan untuk membasuh luka sayapku. Biar cepat sembuh, agar mampu aku terbang lagi dan bisa aku jumpa kamu seperti selalu. Seperti dulu.

Untuk itu aku tinggal Bintang. Berpijak di bumi basah, menghidu aroma tanah.

Selamat Malam Bintang ~ bicara hati harap mampu sampai merentas langit ke-7, moga kata itu sampai pada Bintang.

Sunday, August 09, 2009

[C][O][M][P][L][A][I][N][T]


Saya jarang buat 'complaint' secara rasmi atau tidak, kadang-kadang dalam hati tu memang mendidih tapi sebab saya ni selalu fikir dulu sebelum cakap dan selalu fikir yang baik2. Jadi air yang mendidih dalam hati tu selalu saya suakkan dengan minum air sejuk, tarik nafas panjang2 atau buka radio kuat & ikut nyanyi sekali.

Ya...memang ramai manusia kat dunia ni tak berpelajaran tinggi, rata-rata punya SPM atau STPM, tapi itu bukan soalnya. Kerana perkara seharian yang kita lalui ini cuma kita perlu guna akal yang TUHAN beri, tak perlu ada Degree, Master atau PhD untuk melayari hidup di muka bumi TUHAN ni. Anda cuma perlu ada Master in Common Sense, kan mudah tu. Common Sense memang takde dalam subjek mana2 sekolah atau universiti.

Tidak perlu bayar yuran untuk mendapatkannya, tak perlu juga mengupah guru tuisyen, tak perlu juga kelas dengan kerusi meja, dan yang penting semuanya percuma dalam hidup anda. Guru ada disekeliling, yurannya anda cuma perlu ada kesanggupan ~ sanggup untuk belajar! Kelas ada di mana-mana, pergi ke shopping mall pun anda boleh belajar.

Aduh,Kadang2 manusia ni pelik ya!
Ramai yang buta dalam celik, ada yang pekak dalam dengar!
Ya, ada juga yang tahu tapi buat-buat tak tahu. Tapi ada juga yang memang tak tahu tapi buat2 tahu. Bagus juga, sebab boleh belajar secara tak langsung.

* Common sense - is something that you can think by using your own brain, no need to find any books to find the answer. it just inside your BRAIN dude! Use your stupid brain! (one of my lecturer always use this phrase)ha..it just one snap and you will say that ya! i got it! or macam nabil cakap 'lu pikir la sendiri!'

** Jangan lupe tonton GI Joe (khas untuk mereka yang sukakan filem aksi ~ mesti tonton) AWESOME!

***Baru nak isytihar hari ahad Hari Bebas Internet, tapi apakan daya saya tak mampu lepas dari mengadap laptop ni (menghubung jauh-dekat ~ antara saya dan teman)

****H1N1 – kadar kematian semakin meningkat, 9 kes kematian terbaru untuk hari ini ~ langkah berjaga-jaga!

Friday, August 07, 2009

Lelap Dalam Jaga

Aduh! da kul 3.10am
.
.
.
mata tak pejam lagi ni
.
.
.
da puas aku berpusing kiri-kanan-kiri
biji mata segar lagi...huuuuu
lalu si comel BB di ambil, folder inbox di buka
'A reminder 4 tomorrow morning medical check up: pls come on 9am. Pls start fasting fr tonight 12 midnight. Plain water is allowed. TQ!
panjang berjela reminder tuh! kena puasa start midnight td...huuuu, jap lg kul 9am ada medical check up. rutin saban tahun sejak aku umur 8 tahun. mesti buat ok! dan esok aku akan menjawab semua soalan doktor dengan jujur dan ikhlas tentang diri aku.
awak aktif hubungan seks dalam tahun ni?
ada merokok tak tahun ni?

awak minum minuman keras tak tahun ni?

alergi macamane? getting better or not?

senaman rutin awak buat tak?

pemakanan awak jaga tak?

etc

soalan tu memang wajib ok! jangan salah faham...
.
.
.
lapar...
tapi tak boleh makan plak skrg ni...(jgn lupe plain water is allowed only!) dush!!!~~~
lalu maxis on d ball putih aku amik...teguk air di dalamnya! (plain water ok)

ape nak buat nih!
.
.
.
close my eyes
.
.
.
turn on Beethoven song
~good night~
close my eyes, then hug mr takayama (my big teddy) smile n start dreaming...
maybe lepas ni boleh tido, nnt esk amik darah x cukup tekanan plak, da la slalu tekanan darah rendah!

daaaaaaaaaa~~~


Tuesday, August 04, 2009

KAMU

dari anak mata aku ini hanya kamu yang aku lihat
setiap gerak langkah yang aku orak ada kamu yang aku bawa bersama
dan setiap desah nafas ini ada nama kamu yang aku sebut
dalam tidur pun ada kamu yang aku mimpikan
kadang-kadang aku mahu lari atau terbang?
aku bisa lari dan terbang
tapi ingatan aku pada kamu tak mampu putus
tak mampu jua hilang
sungguhpun kadang-kadang aku benci dengan kamu
benci cara kamu
benci bila ingat kamu
tapi aku aku tak mampu
aku cuba untuk lupakan kamu ~ tapi semakin kuat kamu tahu!


~ mr takayama & ms misa amane in memory ~ they always sweet in my eyes,always...

Monday, August 03, 2009

.:Semalam Jadi Kenangan:.

Semalam hari ahad, hari bermalas-malasan untuk saya! Sudah lama sebenarnya tidak bermalas-malasan seperti semalam. Bangun lambat, celik mata saya sudah mengadap Sponge Bob (kartun yang cute ok!) hehehe…ptg ni ada lagi kul 5 kat tv9 (mesti tonton!)

Semalam saya juga tidak keluar ke mana-mana, makan pun order McD je, saya habis RM25.95 untuk McD semalam, huh kan bagus keluar dan makan di TGI kemudian sambung bermalas-malasan di rumah. Tak mahu! – saya tidak mahu keluar semalam, mahu duduk rumah dan mengadap tv serta baca buku dan majalah yang saya beli di The Borders (beli tapi tak sempat baca lagi, dan pembalutnya serta tanda harga masih terlekat bersama)

Semalam memang hari yang tidak produktif langsung tetapi saya senang, sebab saya boleh bermesra dengan ‘housemate’, duduk dan baring2 bersama mereka, ketawa dan berbahas berbagai isu dari H1N1 hingga ke kisah artis, sampai kes Iran dan harga minyak yang sudah turun tapi harga tambang tetap naik. Bahagia! Itu patah perkataan yang mampu menerangkan semuanya untuk hari semalam.

Semalam saya, menyelak-nyelak artikel di Women’s Weekly (Majalah Favourite bila mula bekerjaya dan menjangkau usia 24 tahun, mahu belajar jadi wanita heh…) keluaran bulan ini, muka depan kak Vee, Fauziah Latiff dan Stephenie Chai, wanita hebat dalam lingkungan usia mereka. Saya juga mahu jadi wanita hebat, bukan untuk sesiapa tapi untuk ayahanda dan bonda. Salah satu tanda wanita itu berjaya adalah bila mereka menukar dari panggilan dari ‘Ms’ kepada ‘Mrs’, punya anak dan suami ~ itu kata kawan saya ye. saya malas mahu ulas lanjut, sebab sekarang saya masih single dan sedang memanjat tangga untuk jadi wanita berjaya & hebat (amin....)

Semalam Bonda telefon, banyak yang di bualkan, dari makan apa hari ini sampailah apa yang mahu saya buat esok hingga ke soal kahwin, calon, lelaki yang bagaimana etc. Aduh! Topik yang saya tak suka nak bincangkan bila berbual dengan Bonda, sampai saya jadi pening kepala, lekas-lekas makan panadol (takut demam menyerang lagi). Bonda memang prihatin soal itu. Soalan yang saya malas mahu jawab dan ulas.

Tapi apapun semalam hari yang best!
Hari Malas-Malasan Sedunia!

Saturday, August 01, 2009

.:MOVIE:.

semalam ingatkan just nk tgk The Proposal je, tapi bile da sampai, fadz tanya nak buat keja gila tak? aku senyum, jom! (tak sampai 2 saat fikir tau untuk menjawab soalan Fadz tu,heee...)
ape lagi kalau bukan movie marathon, ha...lepas tgk The Proposal kami decide nak tengok SETEM filem baru dari Khabir Bhatia. Aku tak pernah dengar pun tapi tengok poster macam menarik je. Malam tadi malam ketawa, dari cerita The Proposal yang kelakar sampailah SETEM yang buatkan aku tak habis2 ketawa ( yelah da minggu lepas aku menangis je)
The Proposal mula 9.45pm habis jam 11.15 then continue dgn SETEM abis jam 1.30am.
aku takkan buat review untuk both cerita, yang penting kalian pegi panggung dan tengok sendiri k!


.:theProposal:.


.:SeTeM:.

ini memang termasuk dalam agenda semalam, memang sudah ada dalam list. Aku memang mahu dapatkan kamu semalam.

.:sempat beli handbag baru:.