Posts

Showing posts from September, 2009

Nostalgia

Image
That photo taken by a 'bundle' of photographer on March 2007, seriously they are around us that time. they all about 5 to 7 photographer. they come and catch us early in the morning at Cathay Hotel. im using green kebaya and believe or not that kebaya is about 60 years old!

u guys see that cheongsam? d one that chinese girl wear? that cheongsam i wearing it today. *wink*

this photo taken 3 months before we start the production, and our dearly Janet warn me that i cant put weight until the last day of Ronggeng Merdeka show.

Actually why i feel like want to post this kind of entry is because im going to start new Musical Show with Ombak Ombak Art Studio ( previously produce Ronggeng Merdeka) on next Jan 2010 againnnn!!! Oh My! We Did It Again!

We going to start our rehearsal on Nov. That time i know that my life will be hectic and no time for me to have weekend holiday, no movie, no meat & no cold drink.
This time im still work with this 3 GREAT women.
AIDA REDZA - Amazing c…

2 Puisi 1 Jiwa

SEPI

Aku belum cari yang mahu aku jumpa
Walau hilang tanpa jejak
Sudah aku kapankan dalam sepi

Siapa kata sepi itu indah?

Sepi itu seksa
Sepi itu sudah meratah gigit tubuh aku
Jadi nanah dalam diam
Berbekas-bekas di latam rasa
Sudah kebas dalam malam

Di daerah sepi itu
Biar siang tanpa matahari
Biar malam terus kelam

Aku yang di peluk sepi
Takut mencengkam jiwa
Merentak lagu duka
Biar aku terus menari dalam seksa


BERHENTI BERHARAP

Semalam ada yang berdepang tangan memberi pelangi
Aku sambut dalam tawa
Syukur ku panjat
Di hujung tangis yang bersisa

Hari ini pelangi aku di bawa pergi
Lalu mendung mega di arak kemari
Syukur juga aku panjat
Dihujung tangis yang merembes

Esok mungkin juga ribut yang mahu datang
Biar kuyup dalam basah
Syukur tak jemu ku panjat
Dihujung tangis yang tak mungkin berhenti

Kalaupun hari mendatang aku dipukul badai
Aku sudah kuat bertahan
Benci dan cinta sudah aku buang jauh
Sudah hilang dalam tangis
Yang tinggal cuma rasa yang kosong

Jangan dekati aku
Aku sudah tidak di situ

Di situ
Cinta aku tingg…

Edisi Ketupat-Rendang!

Image
Masih 'mood' raya
Saya juga tak kering tangan mencuci pinggan dan gelas sewaktu di Darul Ta'zim
Malam ni bermalam di Universiti Malaysia Pahang@UMP
Esok akan terus pulang ke Pulau Mutiara
Malas mahu update cerita raya lagi

Ceritanya panjang berjela-jela
sebab raya pertama saya jatuh bilik air,langsung tak boleh bangun dan demam sehingga raya ke-3
Saya sajikan gambar raya dulu ya!
Jangan pelik tengok rupa kami!
Saya - campur2 melayu ada, siam ada & india skit2 Lurun - more Indian n Malay Look (her big eyes & curly hair) Nitan - More chinese Look (cepet & fair) Ofea - she's fair, big eyes and long eyelash

:: me & my sis Lurun::



me & my sis Nitan



::kami ber2 sangat gila bergambar!::













::we are 10 years different (im 26 & she's just 16!)::





::Nitan n Ofea::

::
Ofea::



:: siapa bakal dicuri dulu?::


::Abah ckp kami ber3 bakal dicuri orang!::

:: tak mampu nak berjalan ke ruangtamu untuk ambil gambar (lagipun Abah tak bagi)::

EDISI KHAS

Rasanya cukuplah entri-entri jiwa menghiasi blog ini, mari kembali ke alam nyata (pari-pari pun bukan selalu terbang sekarang, hujan mencurah-curah)

Ini entri cerita pasal duit, maklumlah raya dah semakin dekat. Dua hari lepas sewaktu bertamu di pejabat JKKN Pulau Pinang, terbukalah kisah duit. Ada yang bertanyakan insurans, tips simpan duit, perlaburan….ah! semua duit, dekat-dekat nak raya ni lagi banyak nak pakai duit. Betul?

‘saya takdelah pandai sangat bab duit ni’ (suara sambil ketawa)
‘yang penting DISIPLIN dan KEMAHUAN’ (suara bertukar nada confident and serious)

Dimana ada kemahuan pasti ada jalan atau where there’s a will there is a way
(en chomel pasti baca entri ini…dan dia akan ckp saya pandai ckp je tapi untuk dia saya pandai bagi macam-macam alasan)

Mari kita teruskan pasal duit, bahan-bahan yang perlu ada ialah….(ooopppss, jangan tukar chanel, anda masih lagi dalam rancangan DUIT DAN ANDA) hahaha…aku memang suka jadi pengacara.

Diyana let’s go to main topic, we had enou…

Esok : Cepatlah Menjelma!

Sesungguhnya saat ini aku memang tak sabar mahu pulang ke RUMAH! . . . Malam semalam sebelum lelap mata aku sempat buat hajat, kat Facebook pun aku 'shoutout'kan 'is it possible if tomorrow become FRIDAY? - i dont want Thursday!!! hah! memang mengarutkan? aku tak mahu khamis sebab maknanya aku ada satu hari lagi di Penang, aku nak balik kampung cepat! bukan sebab tak sabar nak raya, tapi aku sangat rindukan Nurul Nadiah Md Aini - my sis(kite jumpa last masa raya tahun lps) and d rest of Aini's Family! Esok dalam jam 3 petang aku akan bertolak pulang ke negeri Darul Ta'zim Selamat Tinggal Pulau Mutiara! . . . Barang nak bawa balik kampung aku dah siap pack, dah siap letak kat dalam kereta tau! . . . Ms Karlene esok kita pulang RUMAH sama-sama ya! . . . SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ini Kisah Aku

Semalam aku bersahur. Berdua dengan teman.

Menghabiskan sisa berkat Ramadhan. Seingat aku tidak sekalipun aku gagal bersahur tahun ini. Walau pada waktu yang tidak mengizinkan.
(aku tidak akan makan tengahari walau bendera merah berkibar waktu itu – jadi malu pada diri sendiri)

Aku bangun juga, celik-gagahkan mata untuk terbuka, gagahkan juga mulut mengunyah.

Lepas solat Subuh, aku terus bersiap. Mahu pergi menumpah keringat, dan akhirnya cukup bulan dibagi wang untuk sara hidup bulan-bulan.
(aku harap lagi 5 tahun aku tidak terus begini)

Ratna – sudah setuju mahu berbuka sama di Sri Ananda Bahwan.
(berkali dia ajak, mahu berbuka diluar – tapi aku paling malas mahu berbuka di luar, aku tak berapa minat. Ajakannya ditangguh berkali-kali. Berkali-kali juga dia memujuk sampai aku setuju)

Fadz – sudah rancang mahu tonton wayang.
(berkali tertangguh kerana kekangan kerja dan masa – kalau bukan aku pasti dia yang tak jadi, dan sebaliknya. Sudah sebulan tak bertemu muka)

Sebenarnya, aku sudah kurang m…

Ramadhan Yang Mahu Pergi

Image
Kita semua bakal ditinggalkan lagi
Jari menghitung 22 Ramadhan
Tinggal 8 hari untuk kamu bersama kami (barangkali)
Betapa ramai yang tidak sabar-sabar
Mahu kamu cepat-cepat berlalu
Mahu raikan pagi 1 Syawal

Aku masih di sini
Mengharapkan kamu 1 bulan lagi
Aku bukan kira berapa pasang baju
Yang mahu aku tayang pada Syawal
Berapa banyak kuih raya yang mahu aku telan
Atau juga lauk pauk yang penuh meja

Aku tidak kira itu
Kalau boleh aku mahu 1 bulan lagi
Tapi kamu tetap juga akan berlalu
Aku tahu itu
Biar hampir kiamat
Tak akan terjadi 2 bulan Ramadhan

Ramadhan kali ini
Aku masih di persimpangan yang sama
Antara ya atau tidak
Kalaulah aku masih tidak bisa pilih
Pastinya Ramadhan akan datang
Aku masih di simpang yang sama
Mencatur hidup itu mudah Cuma aku yang tidak kuat tali Lalu sentap di hujung hati Kalau basah hujan itu bisa lenyapkan aku Mungkin aku yang dulu Kalau terik mentari itu bisa buat aku cair-hilang Pasti aku yang habis...
Doa yang berjujuk di amin Waktu aku bersimpuh ditikarMU Harap amal diterima...

TENTANG SAHABAT

Image
Aku sangat-sangat la rindukan blog ni! Banyak yang aku ingin katakan…banyak juga yang mahu aku ceritakan. Ini salah satu cerita yang mahu aku kisahkan....

Sahabat

Apa yang bermain dibenak anda-anda semua bila aku sebut ‘sahabat’, ‘kawan’, ‘teman’?
Sejak kecil lagi kita-kita diajar untuk berkawan. Dan kita juga dipesan untuk pandai pilih kawan.

Teringat masa aku kecil dulu, kawan sepermainan aku Yan Yan, dia budak lelaki cina yang tinggal kat sebelah rumah aku masa, aku, Mak & Abah tinggal kat Johor Bharu. Aku tak ada adik-beradik lain masa tu, jadi boleh dikatakan hampir setiap hari aku aku akan ber’rumahtangga’ kat rumah dia atau sebaliknya…aku nakal sangat masa kecik dulu. Sampai Mak tak nak bawa aku pegi pasar, sebabnya aku akan mintak ais krim. Ais krim murah tak main la wei! Aku tau rasa…aku nak ais krim mahal je, tu yang Mak aku tak tahan, tak masuk lagi dengan aku tarik barang-barang yang orang berniaga. Tak masuk lagi dengan main lasak sampai berjahit-jahit kaki dan tangan aku…

Merenda Warna

Image
Pernah rasa tak dipeduli?
Hati memberi tapi di balas sepi?
Cinta dibagi tapi ditolak-tolak?

Ah! Hati bagai di carik-carik
Macam mahu melaung pedih
Padan muka!
Padah mahu menguji
Akhirnya hati sendiri yang dikoyak-koyak

Kau sakit, aku juga sakit
Kita sama-sama sakit
Hati kau yang carik koyak itu
Aku mahu cantumkan kembali

Genggam tanganku
Kan senang? Tak perlu kau bersakit rindu

Ah! Mungkin kau tak sakit rindu
Cuma aku di sini yang terlebih mengharap, barangkali!

*khas untuk Ratna **B for Blue (warna kesukaan Mr Chomel saya) betapa saya sedang rindukan kamu!

MERDEKA!

Image
::jalur gemilang::


::lurus::












::back to the island::