Debaran sudah berakhir!!!!

Aku kini boleh tidur awal!
(sebab sebelum show dusta aku ada latihan dari jam 9 sehingga jam 12 tgh mlm dan ke atas)

Aku kini boleh keluar selepas waktu bekerja dengan Fadz, Ratna, YP, Mr N, Mr L, Mr F, Mr D.... (sebab sebelum ini aku di kenakan perintah berkurung, aktiviti yang lain terpaksa di catu!)

Aku kini boleh keluar berlibur di hujung minggu
(sebab sebelum show Dusta aku terpaksa melupakan keseronokkan hujung minggu, latihan bermula jam 3 petang hingga malam)

Aku kini tidak perlu di rantai kaki pada hampir setiap malam
(sebab semasa latihan Dusta kaki aku di rantai dengan rantai besi yang beratnya lebih dari 10 kg - mungkin, menyebabkan kaki aku lebam)

Aku kini boleh menarik nafas lega.........fuhhhh
(sebab aku tak perlu lagi di komen dan meng'komen' selepas sesi latihan)

Aku kini boleh berputar 360 darjah tanpa pening!
(sebab setiap hari aku kena memikirkan tentang watak dan perwatakan)

terima kasih pada semua warga produksi kerana kita berjaya mementaskan

::DUSTA PADA SKALA 1 HINGGA 10::

Aku teramat berpuas hati dengan persembahan kita tempoh hari, persembahan tersebut antara persembahan yang paling sempurna pada aku!!!
(sebab aku setiap kali latihan aku perlu sedia dengan baju perisai kalis air liur - menangkis peluru-peluru kata - kerana kata-kata lebih tajam dari mata pedang)

Debaran kini sudah berakhir dan perjalanan ku pun bermula..........

Comments

  1. owww~ bukan hg tk mau mai ka masa show ? lalala..

    ReplyDelete
  2. haha..aku mmg igt x mau mai sbb aku tkt aku buat x elok!huhuhu...tp kan da tanggungjawab aku utk jayakan show tu

    ReplyDelete
  3. Puas hatika belakon dengan saya?
    Kalau tak serik kena maki lagi, mai la lagi belakon.

    ReplyDelete
  4. puas hati!

    kena maki tu da biasa...janet pnye ayat lagi power ooo

    cuma tak tau en usop puas ati ke tengok sy berlakon..mane tau dr bilik konti tu ada mcm rasa nk baling sy dgn kerusi ka

    ReplyDelete
  5. hahaha...abu, selamat jumpe dgn janet dangerous ye!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

J A T U H

Love Your Life

'semangat, mari peluk aku cepat!'