PAMERAN MASA



2 hari selepas aku cecah 26 pada 26 lepas.

Semalam aku susur pameran masa yang bergerak depan mata.
Lorong-lorong sempit pameran aku susur, tanpa mahu aku tinggal walau sekedip mata.
Tapi apakan daya, mata aku bukan skrin TV.
Aku manusia yang perlu kerdip mata untuk cuci lensa pinjam-pinjaman TUHAN ini.

Pameran masa semalam, aku cuma dipisahkan dengan kaca setebal setengah inci.
Hujan di luar mencurah-curah.
Dinginnya menggigit kulit.
Mengajak mindaku berfikir-fikir.

Akhirnya aku dengan kurung ungu tanpa kasut,berlari keluar.
Ingin lihat pameran masa lebih dekat.
Aku kuyup.lencun.gigil.

*senyum walau pahit*

Dalam pameran masa itu, aku hilang dalam ramai.
sunyi.kosong.hilang

26 huruf yang aku tahu terkedang dibenak.
Betapa aku jadi jakun bila melihat ABC.
Betapa aku jadi tolol mahu susun kata.

Semua jadi tak kena.

Sesungguhnya aku sudah habis kalam mahu pujuk dia. Aku yang khilaf.

Dan aku sedang tenggelam dalam pameran masa, biar masa yang terus memotret aku dalam pameran ini.

Comments

Popular posts from this blog

J A T U H

Love Your Life

'semangat, mari peluk aku cepat!'