Monday, December 23, 2013

2013

Kurang lebih 7 hari tahun 2013 akan berlalu, banyak suka duka yang aku lalui dalam tahun ni.
Adatlah hidup ada turun naiknya, yang penting jangan putus asa. Hidup cuma sekali dan nikmatilah dengan penuh bersemangat!

Tahun ini, tahun yang agak mencabar untuk aku, menyesuaikan diri dengan suasana kerja yang baru, tanpa teman-teman rapat, tanpa tunang dan juga tanpa keluarga. Sedikit sebanyak mengajar aku tentang erti sabar, dan sunyi. Tapi dalam tahun ini juga aku dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan lama, berjumpa kenalan baru dan lebih faham erti sahabat sebenarnya.

Manusia pelbagai ragam, dengan kawan yang tikam belakang, kawan yang cuma kawan untuk ambil kesempatan dan kawan yang cuma berkawan atas sebab tertentu. Friends of benefit katanya...
Tahun ini, awalannya baik, aku sempat bercuti, ke Bandung, merehatkan otak sebelum overwhelm with load of works.

Kadangkala, tak semua indah, pasti ada yang ujian untuk uji kesabaran kita. Bulan oktober dan november adalah paling mencabar untuk aku, hal kerja dan housemate, aku bukan orang yang suka mencari masalah dan aku suka bersemuka dalam menyelesaikan masalah. Tapi ada sesetangah manusia suka menyelesaikan masalah dengan lari tanpa cuba berdepan dan berkomunikasi dengan cara yang betul. 

Pada aku perkara yang terjadi tu betul-betul buat aku lebih berhati-hati dalam memilih kawan, sebab seorang kawan yang baik akan lebih terbuka bila ditegur, dan untuk nota buat aku sendiri tak semua kawan yang kita tegur itu akan menerimanya dengan lapang dada. Semua manusia melakukan kesilapan, tetapi kalau kesilapan yang sama di ulangi acap kali, dan melenting bila ditegur, maka dia bukanlah kawan yang baik. Itu definisi aku. Lebih-lebih lagi yang mengamalkan amalan syirik. Minta dijauhkan dengan orang yang macam ni.

Kawan mungkin bukanlah orang yang terlalu rapat dengan kita, sekadar kawan bila ada, bila perlu. Tapi jangan silap langkah, sebab kawan yang bila ada bila perlu macam ni lah yang akan merosakkan silaturrahim yang lainnya.

Kita berkawan bukan mencari musuh. Aku memang geram tapi tak sampai berdendam, cumanya untuk berbaik semula tu mungkin tidak, sebab kata-kata yang dia hamburkan melalui Facebook dan cerita yang bukan-bukan itu terlalu sakit untuk ditelan.

Tetapi tak mengapa, Allah ada, cuma dia yang tahu kebenarannya. La Tahzan. Sesungguhnya aku tak mahu bersedih kerana manusia yang belum tentu suci hatinya, air mata yang mengalir moga jadi penyembuh luka.

Alhamdullilah, pengalaman yang berharga untuk tahun ini.

Tahun ni juga tahun pertama aku tanpa sebarang komitmen dengan Arts ED, I missed doing it.I wish i got chance on next year. Is like something missing in my life. I never stop and failed joining Arts ED event since last 2006 and on 2013 I didn't do at all. I missed running project errands, missed talking to the kids, meet the parents and I feel that I left behind. Seeing most kids that I teach / facilitate before growing and be adult now and able to speak up their mind. Amazing and gosh, how times flies!

Untuk tahun hadapan, tiada apa yang aku harapkan selain mengharapkan semua yang baik-baik untuk hari yang mendatang untuk aku dan orang disekeliling ku, murah rezeki dan lebih berkat. Amin.






Credit - Doa