CERITA I hingga IV

Cerita I

Aku sudah ada dalam perut bas, perjalanan yang mungkin suhunya 36° C (suhu badan aku la, bukan suhu bas tu) akan menuju ke Johor Bharu. Tak sabar betul nak sampai rumah. Sampai kat jambatan Pulau Pinang aku da terlelap…sedar-sedar da dekat KL, lepas tu sambung tidur balik then sedar-sedar da kat Larkin. Terus turun dengan muka yang x mandi tapi control lawa tu, aku turun bas…

Dalam kepala otak, macam-macam aku fikir, mana satu nak buat dulu bila sampai rumah nanti. Abah jemput aku. Aku tengok Abah makin tua, rambut yang memutih itu makin banyak. Aku sambut tangan Abah, Abah gosok kepala dan peluk aku seperti selalu. Kasih Abah tak pernah kurang biar aku buat salah melimpah, marahnya tanda dia sayang yang tak pernah bertepi. Aku berbual dengan Abah sepanjang jalan, macam-macam cerita keluar.

Akhirnya aku sampai satu tempat yang aku boleh panggil itu RUMAH!

Sampai rumah, aku nampak Ofea dan Nitan, sudah tunggu aku depan halaman rumah. Berlari-lari Ofea peluk aku, berebut dengan Nitan untuk angkat beg. Aku terus masuk rumah dan cari Mak, peluk dan cium pipinya. Rindu pada Mak, dia selalu berada disisi telinga walau aku berjauhan dengannya. Mendengar semua yang terbuku dalam hati aku, mengucap sabar bila aku menangis di hujung sini. Ketawa sama bila aku mengusiknya.

Ofea dan Nitan, suka dalam tak suka bila aku balik, pertamanya suka sebab ada orang yang boleh manjakan mereka, masakkan apa saja makanan kegemaran mereka, tak suka sebab akan ada orang yang akan bebelkan mereka bila kerja sekolah tidak beres, tidak ulangkaji dan juga malas mengaji. Mereka tahu aku juga akan sakat mereka. Tak sampai 2 jam Ofea da menangis sebab aku cakap muka Ling Ling dalam WonderPet tu sama dengan muka dia. Sorry sis…

Most part yang best sebab boleh baring sebelah Mak, berbual-bual, main tangan & rambut dia.

(Abah, kakak curi Mak malam ni boleh?)

Bercuti dan pulang ke kampung rasa macam waktu menghambat, tidak cukup! Bila waktu pulang harap masa dilambat-lambatkan, lengah-lengah kalau boleh. Masa berpisah tetap tiba!

*pengalaman bersahur dan berbuka yang paling seronok untuk tahun ni!


Cerita II

Angka dia itu sudah cecah 26
Ikut kira 26 Ogos 1983
17 Zulkaedah 1403 Hijrah tahun Islam
Tanggal lahirnya
Semoga dia panjang umur
Semoga dia terus murah rezeki
Semoga apa yang dibuat berjaya
Semoga dia terus dirahmati ALLAH
(sudah aku terjemah dalam bahasa ibunda)
Itu ucapan dari keluarga & teman yang tidak putus ucap selamat
Terima kasih!

*Semangat Sudah Peluk Dia

Cerita III

Wisdom tooth @ orang melayu kata geraham bongsu mahu tumbuh, tapi yang aku alami ni memang teruk. Pada hari ahad gigi bahagian bawah mula tumbuh, sakitnya boleh tahan jugak la, sebab memang dah takde ruang untuk gigi tu tumbuh, dan natijahnya gigi tu menghimpit sampai kebelakang. Kemudian hari isnin tu, gigi bongsu yang bahagian atas pulak tumbuh, Ya ALLAH! Dugaan betul. Kedua-dua gigi tu tumbuh on left side, satu atas satu bawah. Yang bahagian atas tu pulak bila aku tutup mulut dia akan hit gigi bawah, kalau silap sikit memang gusi aku yang berdarah teruk. Masa kat Johor aku jumpa doktor, dia cuma bagi pain killer dgn antibiotik. Mungkin doktor tu takut side effect lagipun mulut aku bukan boleh buka luas pun. Tapi bile tadi pagi sampai Penang, memang betul2 tak tahan sakitnya, so pegi jumpa doktor tengahari, dia cabut gigi bahagian atas. Bleeding jgn cakap la, sampai skrg ni mulut aku ada cotton. Gigi bahagian bawah pulak kena tunggu sampai minggu depan utk rawatan susulan dan bakal di operate, untuk keluarkan gigi tu. Gigi tu da kena infection. Nak cakap punya la perit, nak makan lagi seksa, dan tadi aku call Mak, walau aku tak boleh bercakap, cuma tangisan aku yang Mak dengar, di hujung suara Mak dan Abah mengucap ‘sabar…sabar…kamukan yang paling kuat antara anak-anak abah’

Info Gigi Geraham Bongsu @ Wisdom Tooth

Latar belakang
Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.

Apakah komplikasi gigi bongsu terimpak?
Gigi bongsu yang terimpak boleh menyebabkan:
Kesakitan
Jangkitan
Kebengkakan
Penyakit gusi
Nafas berbau
Kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan
Kesukaran membuka mulut

Bila anda perlu berjumpa doktor pergigian?
Jumpa doktor pergigian jika berlaku keadaan seperti berikut:
Kebengkakan gusi di sekeliling gigi bongsu
Kebengkakan muka
Kesukaran untuk menelan
Kesukaran membuka mulut
Demam

Bagaimana anda boleh melegakan kesakitan?
Dapatkan rawatan secepat mungkin.
Anda boleh mencuba petua berikut bagi melegakan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:
Makan ubat penahan sakit
Berkumur dengan air suam yang dicampur sedikit garam
Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi.
Hisap ketulan air batu supaya gusi menjadi kebas.

Rawatan oleh doktor pergigian
Rawatan berikut mungkin diberikan oleh doktor pergigian:
Gigi dan gusi dibersihkan dan dicuci dengan air saline (air garam).
Antibiotik diberi jika ada tanda-tanda jangkitan (infeksi).

(a) Jika gigi bongsu tidak terimpak :gusi yang berlebihan perlu dibuang (insisi).

(b) Jika gigi bongsu terimpak dan masalah berulang :gigi perlu dicabut melalui pembedahan.

X-ray gigi berkaitan mungkin perlu diambil untuk menentukan kedudukan gigi tersebut.

* ceh! Baru wisdom tooth tumbuh dan kena cabut kau da hilang taring?
** wei! Sakit la bodoh!!!(ayat dalam hati sebab tak mampu nak menjerit!)

Cerita IV

Aku akan dirantai kembali!


Malam DUSTA PADA SKALA 1 HINGGA 10 bermula lagi, aku mahu fokus. Tarikh persembahan sudah diumum tanggal 9 hingga 11 Oktober 2009, 8.30 malam di Auditorium Rumah P Ramlee tempat persembahan bakal di adakan.

Rakan-rakan yang mahu lihat saya beraksi lagi, sila tanda kalendar anda! Datang tonton ya!


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

J A T U H

Love Your Life

'semangat, mari peluk aku cepat!'