Bicara Sama Bintang


Mata mendongak langit

Bintang tanya 'kamu tunggu aku?'

'tidak, aku tunggu hujan' jawab aku

'tidak cukup hujan semalam?' Bintang tanya lagi

'cukup untuk membasahi bumi ini, tapi tidak cukup menyejukkan hati'

Bintang diam.

mungkin Bintang fikir aku kejam. Aku cuma mampu lihat bintang ketika malam.
Walau sebenarnya Bintang wujud setiap masa.

'Biar kamu lihat aku, biar aku tidak tunggu kamu, tapi aku cukup tahu kamu ada' kata aku
(biar pun sebenarnya dalam hati aku mahu kata ~ betapa aku mahu Bintang setiap hari, setiap masa!)

'E.G.O! jerit Bintang

'Ya, aku ego Bintang'

Bintang, harap kamu faham yang aku kini pijaknya di tanah, sudah tak mampu terbang dan bercumbu dengan kamu di atas sana ~ terlalu tinggi untuk aku. Aku tunggu hujan untuk membasuh luka sayapku. Biar cepat sembuh, agar mampu aku terbang lagi dan bisa aku jumpa kamu seperti selalu. Seperti dulu.

Untuk itu aku tinggal Bintang. Berpijak di bumi basah, menghidu aroma tanah.

Selamat Malam Bintang ~ bicara hati harap mampu sampai merentas langit ke-7, moga kata itu sampai pada Bintang.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

J A T U H

Love Your Life

'semangat, mari peluk aku cepat!'