[C][O][M][P][L][A][I][N][T]


Saya jarang buat 'complaint' secara rasmi atau tidak, kadang-kadang dalam hati tu memang mendidih tapi sebab saya ni selalu fikir dulu sebelum cakap dan selalu fikir yang baik2. Jadi air yang mendidih dalam hati tu selalu saya suakkan dengan minum air sejuk, tarik nafas panjang2 atau buka radio kuat & ikut nyanyi sekali.

Ya...memang ramai manusia kat dunia ni tak berpelajaran tinggi, rata-rata punya SPM atau STPM, tapi itu bukan soalnya. Kerana perkara seharian yang kita lalui ini cuma kita perlu guna akal yang TUHAN beri, tak perlu ada Degree, Master atau PhD untuk melayari hidup di muka bumi TUHAN ni. Anda cuma perlu ada Master in Common Sense, kan mudah tu. Common Sense memang takde dalam subjek mana2 sekolah atau universiti.

Tidak perlu bayar yuran untuk mendapatkannya, tak perlu juga mengupah guru tuisyen, tak perlu juga kelas dengan kerusi meja, dan yang penting semuanya percuma dalam hidup anda. Guru ada disekeliling, yurannya anda cuma perlu ada kesanggupan ~ sanggup untuk belajar! Kelas ada di mana-mana, pergi ke shopping mall pun anda boleh belajar.

Aduh,Kadang2 manusia ni pelik ya!
Ramai yang buta dalam celik, ada yang pekak dalam dengar!
Ya, ada juga yang tahu tapi buat-buat tak tahu. Tapi ada juga yang memang tak tahu tapi buat2 tahu. Bagus juga, sebab boleh belajar secara tak langsung.

* Common sense - is something that you can think by using your own brain, no need to find any books to find the answer. it just inside your BRAIN dude! Use your stupid brain! (one of my lecturer always use this phrase)ha..it just one snap and you will say that ya! i got it! or macam nabil cakap 'lu pikir la sendiri!'

** Jangan lupe tonton GI Joe (khas untuk mereka yang sukakan filem aksi ~ mesti tonton) AWESOME!

***Baru nak isytihar hari ahad Hari Bebas Internet, tapi apakan daya saya tak mampu lepas dari mengadap laptop ni (menghubung jauh-dekat ~ antara saya dan teman)

****H1N1 – kadar kematian semakin meningkat, 9 kes kematian terbaru untuk hari ini ~ langkah berjaga-jaga!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

J A T U H

Love Your Life

'semangat, mari peluk aku cepat!'