J A T U H Terjatuh dan kemudian tersadung Lalu tersungkur menyembah bumi Luka di tangan dan lutut Merah warnanya darah Semerah luka hati yang ditoreh Cuba bangun dan mengapai untuk dibuat tongkat Namun patah kerana dek reput Terjatuh lagi, kali ini sakitnya bertambah Selumbar kayu menyucuk tangan Bisanya hingga ke tulang Diraih segala keringat yang ada Ditampung segala beban menyeksa Digagahkan kaki berdiri Dikuatkan hati untuk melangkah Perjalanan masih jauh Kalau jatuh lagi, bangunlah Bangkit, kerana dugaan mematangkan hidup
Alhamdullilah, segala yang dihajatkan sudah disempurnakan. Apa yang dirancang kian menjadi kenyataan. Sungguh, semakin lama cinta yang disemai ini kian kuat, dan tak kan mudah rapuh. Akarnya biar kuat, biar utuh. Amin Amin Ya Rabbal Alamin.... A message from my fiance - 'bunga untuk sayang' really made my day Anak sepet - tak sure apa nama yg my future mother in law bagi, hope nama yang comel la dia siap warning lagi, nanti dah kahwin kena amik semula sepet... Thai Movie that I watch recently, best and lovely. ceritanya mungkin biasa tapi plotnya menarik. T humbs up! Hand bouquet that I made for my sister wedding. My pretty sister during her solemnization While waiting for the akad, my attire was sponsor by my mum head to toe, thanks Mak.. Credit photo from google To my fiance, wish our love till jannah and bersabarlah menanti hari ijabkabul kita... :)
Hari ini, Kiri dan kanan aku nampak sama Kalau dulu, Belok ke kiri walau cahaya berbalam-balam Tetap ada keghairahan di hujungnya Belok ke kanan meriah dengan pesta di tepi jalan Hari ini, Kopi atau sirap bandung yang aku teguk rasa air putih Kalau dulu, Baru jam 10 minum air kopi Dan tak sampai jam 11 tekak sudah teruja mahu teguk sirap bandung Hari ini, Pagi dan petang tetap rasa gelita macam malam, Kalau dulu, Bila petang menjengah sudah tidak sabar mahu ucap selamat malam Dan bila baru lelap mata sebentar sudah terjaga mahu ucap selamat pagi! Hari ini, Hujan dan terik tetap rasa macam duduk di peti beku, dingin! Kalau dulu, Hujan baru titis 3 sudah berebut sarung baju panas Dan tika terik menyengat kulit sudah tak gagah berjalan walau payung di atas kepala ‘Semangat, mari peluk aku cepat!’ Aku mahu rasa kiri dan kanan itu beda Aku mahu rasa kopi dan sirap bandung itu tak sama Aku mahu rasa pagi itu nyaman, petang itu tenang dan malam itu indah Aku mahu rasa hujan itu sejuk dan teri
Comments
Post a Comment