Perjalanan Mencari Juita II

seperti yang aku janjikan semalam, aku sambung ulasan Mencari Juita di sini.

ulasan aku masuk dalam kategori bertimbang rasa kali ini.

Persembahan bermula dengan pengumuman tajuk cerita. Aduh! si tukang cakap ni cakap macam baca sajak pulak, aku senyum...huh! awal2 da potong stim...geram aku, sempat aku berbisik dengan Wazi yang duduk sebelah kiri aku 'mcm pertandingan sayembara puisi la plak'

abaikan, kerana aku ingin mengembara bersama Mencari Juita.

Cerita ini menggunakan plot klimatik dan diselitkan dengan babak-babak terkenang masa lampau. Pengarah membahagikan ruang lakon kepada 3 bahagian, atau 3 tempat iaitu kabaret (kelab malam), rumah Fikri dan Fatimah serta tempat laluan Salman dan Juita.

Aku sentuh bahagian teknikal dulu eh.
aku melihat yang pengarah tatacahayanya telah gagal menggunakan lampu yang ada di auditorium dengan sebaik mungkin. aku katakan gagal kerana kebanyakan wajah pelakon tidak dapat di lihat dengan jelas. Tersangat la rugi pada aku...pelakon pulak tak pandai nak cari ruang cahaya. bahasa teater, 'cheat la skit...'
Bab kostum aku memang puas ati n puji pada diorang, nampak ada research..cuma ada skit2 yang tak kena. color arrangement pun not bad pada aku.
bab keluar masuk pelakon pada aku roughly nampak smooth,tp cuma pertukaran babak tu lama sgt..aku lemas dalam gelap!

kita beralih pada bahagian lakonan..
pada aku watak ada membuat kajian masing2, mereka berjaya membawa watak yang di kehendaki oleh pengarah, tapi maaf KURANG RASA, RASA tu penting sbb RASA yang membawa watak sebenarnya. semua mesti bermula dari dalam. yang amat aku kurang selesa dengan vokal kebanyakan watak, mereka sering menelan perkataan yang ingin di lontarkan dan, yang paling rugi tu da lah vokal tak clear sangat, pelakon pulak mengadap ke belakang pentas, macamane nak penonton nak dengar?

Lagi satu walaupun pelakon tu sedih dan mengeluarkan air mata, vokal mesti tetap kena jelas, vokal tu la yang dapat menyampaikan subteks pada penonton.

cuma yang aku harap kumpulan teater ni dapat belajar lagi, mungkin dengan menyertai mane2 kursus lakonan dan pengarahan anjuran jabatan kebudayaan atau mengambil mane2 jurulatih bertauliah untuk belajar tentang teater.

*aku ingin ingatkan teater ada teknik dan teorinya yang tersendiri, bukan seperti yang kita tonton drama biasa di kaca TV.

**jumpa lagi dalam ulasan BICARA

Comments

  1. salam..tumpang tanya,tahu tak mana nak dapat skrip teater nie?????

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

J A T U H

Love Your Life

'semangat, mari peluk aku cepat!'