RINDU


Aku di sini RINDU kamu, benar

Jika RINDU datang pada kamu, bermakna ia bermula dari aku

Sehingga itu tunggu aku pulang, jangan berhenti RINDU aku di sini

RINDU aku tidak pernah berhenti, walaupun dalam mati aku yang sekejap

Kamu akan tetap tunggu aku, walau aku bisu?

Aku tetap tunggu kamu, walau kamu membisu

Aku membisu bukan aku mahu lari, tapi maaf…aku yang kamu tidak pernah berhenti rindu ini, telah TUHAN ambil nikmatnya untuk berbicara

Cinta aku datang sebelum aku boleh berbicara dengan kamu, makanya walau kamu tidak mampu lagi berbicara aku tetap RINDU, SAYANG dan CINTA kamu

Terima Kasih,selamat malam

Selamat malam, untuk kamu yang tetap aku RINDU





*terima kasih TUHAN kerana dia masih rindu aku walau aku kini sudah menjadi bisu, aku sudah belajar bahasa isyarat, cabaran dariMu yang aku terima dengan redha

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

J A T U H

Love Your Life

'semangat, mari peluk aku cepat!'