Mana 1?

Aku terpanggil untuk memikirkan persoalan ini sama-sama, sebab utama aku adalah orang Malaysia!

Aku sebenarnya kagum dengan nenek moyang kita dulu* walau aku mungkin takde kena mengena dan mungkin juga ada kena mengena, ingat masa kita belajar sejarah Parameswara dan zaman kegemilangannya? Aku kagum sebab pedagang-pedagang luar berpusu-pusu datang ke tanah Melaka, dan mereka menguasai Bahasa Melayu kerana mahu merapatkan hubungan diplomatic- ekonomi. Ketika itu Bahasa Melayu amat gah, Semua yang mahu berdagang ke Melaka berlumba-lumba belajar Bahasa Melayu.

Tapi sayang, sejak mula British menjajah kita, sejak itulah anak Malaysia mula berlumba-lumba belajar Bahasa Inggeris. Kenapa bahasa Inggeris? Banyak sebab…ada pelbagai tujuan, boleh di guna untuk membodek orang inggeris, di gunakan untuk lebih memahami apa yang inggeris mahukan (kerana bekerja dengan org british) dan juga boleh memahami apa yang org inggeris cakap (tak mudah kena tipu).

Tapi, sekarang dah lain…bahasa Inggeris jadi sangat penting. Semua peluang pekerjaan menjadikan bahasa inggeris sebagai salah satu dari syarat utama. Dan boleh di lihat berapa anak Melayu gagal bila di temuduga kerana penggunaan bahasa inggeris nya tidak berapa baik.

Dalam isu ini aku terpanggil untuk mengueluarkan pendapat aku, sebab 2 malam lepas aku menonton rancangan bual bicara di TV 1 (bukan aku sengaja k..tapi sebab kebetulan, kerana aku ni x suka tengok iklan yang meleret2 di TV, jadi aku tukar siaran TV tup2 tertekan TV 1 – yang jarang sekali aku buka) lalu aku terus mendengar perbincangan itu. Dan ia menjadi topik hangat teman serumah aku.

Ada yang cakap, dulu kebanyakan ahli-ahli sains dan matematik pun belajar guna bahasa melayu di sekolah ( tapi mereka lupa agaknya sebab mereka kebanyakannya sekolah inggeris sama ada dari Methodist atau convent) dan kemudian melanjutkan pelajaran di luar negara, tidak di nafikan juga ada yang belajar di Malaysia sendiri, tapi jangan lupa hampir semua bahan rujukan berbahasa inggeris – sebab tak ramai anak Malaysia yang tahu dan faham bahasa inggeris ada daya usaha untuk menterjemahkan buku-buku rujukan itu ke bahasa ibunda kita.

Dari sudut lain aku setuju jika pembelajaran sains dan matematik di ubah ke bahasa melayu, sebab dengan cara ini anak melayu lebih memahami dengan lebih mendalam lagi proses pembelajaran itu. Tapi dari sudut lain pula, matlamat Tun Mahathir tidak boleh di pandang ringan, beliau ada visi dan misinya sendiri. Mungkin anak Malaysia tak bersedia lagi untuk terima perubahan yang ingin Tun buat. Tapi bila pula mereka bersedia?
Aku dapat rasakan banyak antara kita yang terperangkap dalam situasi ini, ibu bapa, guru dan pelajar. Ada ibu bapa berbangsa lain yang mula bimbang, mereka mula mencari-cari sekolah antarabangsa yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai perantara dalam setiap mata pelajaran. Kebimbangan mereka mudah untuk di fahami. Mereka sebagai ibu bapa yang berpandangan jauh mahu anak mereka menyambung pelajaran ke luar negara selepas tamat sekolah tinggi (*high school).

Pelajar pula terperangakap dengan persoalan antara memartabatkan bahasa ibunda atau memantapkan penggunaan bahasa Inggeris. Ini kerana jika ingin memartabatkan bahasa Melayu kita mesti menjadi pengguna bahasa melayu yang tegar, iaitu menggunakan bahasa Melayu dengan sesiapa jua. Dan dalam masa yang sama perlu memantapkan penggunaan bahasa inggeris. Kita semua tahu apabila kita ingin memantapkan penggunaan bahasa kita perlu menggunakanya dengan kerap.

Nah! Mana yang perlu pelajar ikut?

Aku sendiri tiada peluang lain, kerana univerisiti yang aku belajar dulu, buku-bukunya semua bahasa inggeris. Banyak buku-buku dari luar Negara akibat kurangnya buku dari Negara kita sendiri. Rakyat kita malas untuk tulis buku atau buku yang ditulis terlalu rendah standardnya untuk di gunakan sebagai bahan rujukan atau rakyat kita yang tahu berbahasa inggeris dan bahasa melayu langsung tiada effort untuk membantu untuk terjemahan?

Dan ketika aku praktikal di sebuah organisasi, aku seorang je Melayu* yang lain adalah berbangsa cina majoritinya dan menggunakan bahasa inggeris sebagai medium utama untuk berkomunikasi. Sehinggalah selesai ijazah, aku bekerja pula dengan syarikat multinasional, bahasa utama masih bahasa inggeris. Dari seorang consultant dan business coordinator hingga pendidik**, tempat kerja ku masih mengutamakan bahasa inggeris. Hampir 80% hidup seharian, aku menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa utama bila berbual dengan teman sepejabat, client, students dan parents. Guna bahasa melayu cuma bila pulang ke rumah atau berteater (dan itu pun ikut group production jugak!)

Peningkan? Huh..so macamane? Nak terus kekalkan atau tidak?atau di mansuhkan?

Aku sendiri berharap agar mata pelajaran sains dan matematik di tukar pembelajarannya di dalam bahasa melayu, aku mahu anak-anak luar Bandar dapat meneroka alam sains dan matematik itu dalam bahasa ibunda kita. Aku mahu mereka di beri kesempatan itu, dalam masa yang sama guru bahasa inggeris harus mempertingkatkan usaha dan ubah gaya pengajaran mereka agar proses pembelajaran mereka lebih menarik dan menarik minat mereka dalam bahasa inggeris.

Maafkan aku andai tulisan ini menganggu fikiran mana2 pihak, aku cuma suarakan pendapat, tidak lebih dari itu.

Fantasinya bila kita mengharapkan sesuatu dari daya imaginasi yang tiada sempadan, dan realitinya kita tidak mampu mengubah warna bunga itu dari merah menjadi hijau dan warna daun itu memang hijau tidak mungkin menjadi merah.

Aku sebenarnya tidak setuju dengan nama bahasa melayu – ia patut di tukarkan kepada bahasa Malaysia. Supaya tiada unsur perkauman di situ.

nota kaki
*Melayu
aku sendiri tidak tahu mana melayunya aku
Bonda
ayahnya berasal dari India, berketurunan Pakistan belayar ke Malaya dan berkahwin dengan wanita berketurunan siam. Kalau tengok sijil kelahiran bonda memang pelik, ayah keturunan Pakistan, ibunya keturunan siam dan bonda jadi melayu
Ayahanda
ibu dan ayahnya dari Banjarmasin Indonesia, berketurunan banjar dan cina Indonesia, dan membawa keturunan ar-banjari di hujung namanya,dalam sijil kelahiran bapa tercatat keturunan bapa cina Indonesia, ibu banjar,tapi ayahanda jadi melayu

~mungkin ini cara kerajaan Malaya untuk ramaikan orang melayu di tanah Malaya ketika itu.

masa di sekolah ramai yang tanya aku. Miss, what is your race? You are Chinese, Indian or serani? Aku jawab melayu. Then they ask back why your face not really look like malay? then mula soal tentang anak mata aku yang coklat. kalau kat sekolah tadika dulu lagi teruk sebab rambut aku wavy dan perang dan sebab itu anak-anak melayu tak berapa nak kawan dengan aku, ingat aku tak boleh cakap melayu. mamak kat kedai subaidah tu pulak selalu cakap tamil bila jumpe aku. aku cuma geleng dan cakap aku tak reti cakap tamil.

masa belajar dulu bile nak isi borang, aku dan kawan-kawan aku sering melakukan satu kenakalan, perasan tak bila kita isi borang ada satu column kena tick bangsa melayu, cina, india dan lain-lain, ape yang aku dan kawan2 buat kami lukis lagi satu kotak dan tulis malaysian, dan kami tick kat kotak tu.hehehe..

**pendidik
aku sekarang bekerja di Fairview International School sebagai pendidik


A P A P U N A K U T E T A P B A N G G A J A D I
A N A K M A L A Y S I A

Comments

Popular posts from this blog

J A T U H

Love Your Life

'semangat, mari peluk aku cepat!'