Perjalanan Mencari Juita

SMS masuk

"sm rakam bulan mlm ni, tk dapat mai latihan" - dari KC SM - DUSTA PADA SKALA 1 hingga 10.
rakam bulan? da nak hujan mcm ni..bleh nampak ke bulan? bulan kat area mane dia nak rakam?
hurmmm...
Aku yang baru berkira-kira nak mandi, membalas SMS tersebut
"lthn kat rumah p ramlee kn ari ni" - aku ingat2 lupa sebenarnya, latihan kat USM ke Rumah P Ramlee?

Aku terus bangun dari katil, capai tuala-nak masuk-bilik air-ada orang pulak (teman serumah baru). Aku masuk bilik balik. SMS balas dari KC. Ringkas, padat dan tepat serta menjawab semua soalan aku.

"ha'ah" - dalam ati aku mesti KC kata 'dia ni tak kan la x ingat, kan da bg tau smlm'
Aku keluar bilik-masuk-bilik air-mandi. siap-siap, terus keluar. sampai kat Rumah P Ramlee, aku tengok ada orang ramai dan kereta memenuhi parking. "ala, mesti takde parking ni" kata ku dalam hati. tapi aku decide masuk dulu, then kalau takde parking keluar balik la, tak susah pun...

"hehehe...ada parking!siap berbumbung lagi..:-)" Tapi nape ramai orang eh? aku betul2 lupa yang sebenarnya ada teater Mencari Juita.
ketika sampai di sana hujan mula mencurah-curah...dalam hati bimbang, jangan la banjir nanti tak boleh balik. aku melangkah masuk dan di sambut dengan usherer yang berpakaian ala ala 60an. aku dengan seluar silat hitam dan baju T hitam SESAT. sejuk. lalu aku ambil pashmina merah jambu yang menghuni beg kuning berbunga2 aku-ambil-balut-tubuh-sejukku. masuk ke dalam audi, aku mencari kelibat rakan seperjuangan, kalau ada boleh la duduk sebelah. kalau bosan nanti ada juga teman bicara. Nah! wan azrul dan wazi di depan mata, sedia memberikan tempat duduk, aku duduk di sebelah kanan wazi selepas selesai berhitung kira dengan wan azrul. aku ada tempat duduk favourite bila menonton teater sebenarnya (tp semalam x dapat!)
masa untuk rileks dan fokus pada cerita.

Maka bermulalah siri pengembaraan aku Mencari Juita yang di persembahkan oleh sekumpulan jururawat yang menamakan diri mereka Suara ACMS.

sebelum aku pergi lebih lanjut aku ingin menerangkan konsep kritikan aku. ada dua konsep yang aku guna,

konsep bertimbang rasa - aku akan kaji latar belakang kumpulan, dan banyak benda yang akan aku maafkan

Konsep x berhati perut - aku tak kan ambil kira latar belakang, dan aku kritik ikut apa yang aku rasa dan tiada maaf untuk itu.

**untuk ulasan penuh aku sambung dalam Mencari Juita

Comments

Popular posts from this blog

J A T U H

Love Your Life

'semangat, mari peluk aku cepat!'