::Mood~Mode::

Current Mood : Nervous 50%, Stress 30%, Happy 10%, Confident 5% and Sick 5%

the cause (sebab musabab yang mempengaruhi mood ....)

DUSTA PADA SKALA 1 HINGGA 10
show tinggal lagi beberapa jam, buat perut aku jadi x senang...bak kata kak yus mlm tadi rasa macam butterfly flying in my stomach. Aku buat-buat cool sekarang, padahal tak cool langsung!
Teringat muka-muka juri, Rosminah Tahir, Shabera Shaik ( aku tabik bila dia berlakon ~ bg watak ape je!)....kecut+cuak sebab malam nanti semua mata akan tumpu ke arah kami berenam...+gerun!

PERIOD PAIN
Hari ni first day, huh! sangat tak senang hati ~ sebab tekak meloya tak tentu pasal, sakit perut jgn cakaplah. Kepala aku juga jadi sakit...The Boyfriend....sorry ye sayang, sbb u jadi mangsa (dia lambat reply msg aku dah panas hati, dia salah cakap sikit aku dah merajuk, terasa hati)

KONGSI GELAP BATTLEFIELD GAME
lepas meeting hari rabu lepas, aku jadi lagi serabut. Nak kejar deadline presentation. so far, terkawal dan aku masih boleh
berdiri dengan betul!

USM SHOW@KL
aku dijemput untuk buat persembahan eksperimental dan monolog utk mempromosikan USM di Kuala Lumpur, aku dijemput atas tiket ALUMNI. Bila lagi nak berbaktikan? USM banyak tolong aku (aku pun banyak dah keluarkan peluh utk USM). Show bulan depan ~ kawan2 yang di KL boleh dtg tgk kalau mahu!

JOM MAKAN MUSICAL!~ PJCC Dinner
dengar khabar tarikhnya bakal dianjak lagi, PM ada agenda lain, sibuk buat hubungan baik dengan negara luar. kalau dianjak mungkin banyak program yang aku kena jadualkan semula,alah...ni yang aku sangat tak suka.

KO-TAI Musical!
ini cerita sambungan RONGGENG MERDEKA, ramai yang nantikan projek ni! kolaborasi Aida Redza, Sheau Fung, Prof Tan, Anne James dan ramai lagi. sekarang ni aku tengah giat belajar Opera, susah tapi aku suka! sangat mencabar babe..yelah belajar jalan kepit, kaki perlu bend, langkahnya cuma separuh kaki,15 minit kena pose benda yang sama, peluh menitik macam air!

PEGAWAI KEBUDAYAAN B41
aku sangat berdebar nak tunggu keputusan, tadi di usik pegawai JKKN yang aku calon favourite! lega...tapi masih cuak, pegawai itu sudah beria memberi tips, bukan tips jawab exam, tapi tips untuk kerja esok (kalaulah dapat bang!kalaulah saya lepas kak!)

Untuk semua yang diatas, aku ini ada cuma satu hidup yang diberi pinjam, tak tahu bila hidup itu bakal diambil, yang aku harap sejuta impian yang aku bina sekarang biar penyudahnya baik. Aku hidup dengan segenggam harapan, kalungan doa mak dan abah, impian aku yang tak pernah terbatas, sekeping hati yang selalu aku bawa lari untuk cari erti mengapa aku diberi hidup. Cuma itu. Ya Tuhan, ALLAH! permudahkan semuanya, tapi kalau dugaan itu lebih baik untuk aku, beri aku sabar...beri aku kuat!Amin....

Comments

  1. diana : bila dah berjaya
    jgn lupa dengan si luna
    ada ruang yang kosong
    jika perlu teriakkan aku

    ( amat perlukan kerja) hehehhe

    ReplyDelete
  2. Luna..

    aku takkan lupa sahabat, kalau ada ruang kosong aku akan teriakkan kamu!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

J A T U H

Love Your Life

'semangat, mari peluk aku cepat!'