Doa Untuk Kekasih


Ya Allah….

Seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami
Agar kemesraan itu abadi…

Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan
Dia bukan miliku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti….

Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta…
Gantillah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buat ku
Kerana engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini
Jangan engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin, Amin, Amin..Ya Rabbal A’lamin

*ihsan dari cintadearhaniey.wordpress

Comments

Popular posts from this blog

J A T U H

Love Your Life

'semangat, mari peluk aku cepat!'