Ramadhan Yang Mahu Pergi


Kita semua bakal ditinggalkan lagi
Jari menghitung 22 Ramadhan
Tinggal 8 hari untuk kamu bersama kami (barangkali)
Betapa ramai yang tidak sabar-sabar
Mahu kamu cepat-cepat berlalu
Mahu raikan pagi 1 Syawal

Aku masih di sini
Mengharapkan kamu 1 bulan lagi
Aku bukan kira berapa pasang baju
Yang mahu aku tayang pada Syawal
Berapa banyak kuih raya yang mahu aku telan
Atau juga lauk pauk yang penuh meja

Aku tidak kira itu
Kalau boleh aku mahu 1 bulan lagi
Tapi kamu tetap juga akan berlalu
Aku tahu itu
Biar hampir kiamat
Tak akan terjadi 2 bulan Ramadhan

Ramadhan kali ini
Aku masih di persimpangan yang sama
Antara ya atau tidak
Kalaulah aku masih tidak bisa pilih
Pastinya Ramadhan akan datang
Aku masih di simpang yang sama

Mencatur hidup itu mudah
Cuma aku yang tidak kuat tali
Lalu sentap di hujung hati
Kalau basah hujan itu bisa lenyapkan aku
Mungkin aku yang dulu
Kalau terik mentari itu bisa buat aku cair-hilang
Pasti aku yang habis...

Doa yang berjujuk di amin
Waktu aku bersimpuh ditikarMU
Harap amal diterima...

Comments

Popular posts from this blog

J A T U H

Love Your Life

'semangat, mari peluk aku cepat!'