Over Reaction III - MyBalik Pulau

Arts ED have a meeting on board today.
Here is the latest link regards the issue.

By Hafiz Zainuddin for Merdeka Review

By Suzy Sulaiman based on her experience working for Arts ED

By Khoo Salma Nasution founder of Little Penang Street Market

By U Jean former participants for The Malaysia Insider


Its rough writing from my side for the Speaking up for Arts ED, MalaysiaKini, Merdeka Review, Press & Media before editing & visual attach.

Pertama sekali, saya ingin menzahirkan kekesalan & kekecewaan saya terhadap isu MyBalik Pulau yang ‘sengaja’ di politikan oleh pihak tertentu untuk kepentingan mereka sendiri. Saya terkesima bila mengetahui isu ini diperbesarkan dengan ‘tagline’ hina melayu. Adakah individu terbabit yang memulakan isu ini tidak mengkaji terlebih dahulu siapa ARTS ED & apakah relevennya MyBalik Pulau ini diterbitkan?

Seperti yang dijelaskan berkali-kali & dalam keratan kenyataan akhbar, saya sekali lagi menegaskan ARTS ED merupakan badan bukan berasaskan keuntungan yang menjalankan projek pendidikan warisan secara tidak formal dengan mengunakan seni sebagai cara pembelajaran dan tiada unsur politik mahupun perkauman didalam setiap silibus pembelajarannya.

Bercakap sebagai individu dan juga bekas salah seorang pemudahcara (fasilitator) bagi program-program yang dijalankan Arts ED sepanjang 2006 hingga 2009, saya berharap isu ini tidak dibesarkan & dimanipulasi oleh mana-mana pihak. Soal DAP atau PKR adalah dalang dalam proses penerbitan risalah tersebut adalah tidak benar sama sekali. Isu yang dibangkitkan oleh ‘hero’ perjuang bangsa ini boleh disifatkan sebagai kehabisan modal untuk berkempen, manakala DAP & PKR pula member hujah bahawa ketika program itu dijalankan adalah semasa pemerintahan BN.

Pada saya ini bukan tindakan bijak. Ini contoh yang saya berikan, dalam cerita AI (Artificial Intelligence) manusia buat robot untuk manusia, dan manusia lain ‘menghentam’ robot kerana kononnya robot itu menghapuskan manusia, kenapa mahu di hukum robot itu? Kenapa tidak disoal kepada manusia yang mencipta robot tu? Dalam situasi Arts ED, kenapa BN atau DAP tidak bertanya kepada Arts ED sendiri sebelum membuat tudahan yang jelas melulu & tidak berasas. Sudahnya ARTS ED tersepit ditengah-tengah ketegangan kancah politik yang tidak berkesudahan.

Dah jatuh baru nak tengadah, memang tidak berguna. Ketika MyBalik Pulau menjalankan program pada sekitar 2005 hingga 2008 di Balik Pulau meliputi kawasan Kongsi, Titi Teras hingga ke Pulau Betong, tiada pula yang tampil memberitahu atau bercerita yang Balik Pulau ini dibuka oleh polan bin si polan, saat anak-anak desa ini menjalankan kajian, berpanas mengayuh basikal dari rumah ke rumah bagi mendapat maklumat, tiada pula yang tampil memberi panduan. Di mana YB Farid? Di mana Mohamed Nordin Mohd Nor masa itu? Mana Azman Hassan? Mana Abdul Said Hussain? Dimana ANDA-ANDA semua?


Yang peliknya, persatuan-persatuan yang tidak pernah didengar sebelum ini, berbondong-bondong ke balai polis membuat laporan polis, individu-individu yang mana entah datangnya membuat kenyataan dan dengan bangga melaungkan ‘kami pejuang bangsa’ & ‘Risalah MyBalik Pulau perlu dibakar’. Malah ada yang mengeluarkan kata-kata kesat seperti bangsat dan sebagainya, itukah yang dicerminkan sebagai pejuang bangsa? Fikirlah ayat yang baik sebelum menegur, bahasa mencerminkan bangsa.

Benarlah kata-kata, memusnah lebih senang dari membina. Kami di ARTS ED telah lama membina ikatan 1 Malaysia sebelum kata-kata itu wujud oleh Perdana Menteri kita. Kami bukan sahaja menerapkan kemahiran-kemahiran seperti menemubual, fotografi, seni lukisan dan seni lakon tetapi kami menyatukan kaum. Di mana kanak-kanak yang yang bersekolah di sekolah jenis kebangsaan cina & tamil bergabung bersama dengan mereka yang bersekolah aliran melayu. Adakah 1 Malaysia yang diwar-warkan itu cuma mimpi? Ke mana arahnya kalau yang perkara yang elok dan baru segar tumbuh di simbah api perkauman?

Tanyalah mana-mana bekas pelajar yang pernah menyertai program ARTS ED, apakah jawapan mereka? Mereka akan kata, baru mereka faham kenapa cina memasang colok dihadapan rumah mereka, kenapa kaum india berarak membawa Dewa Ganesh dan kenapa melayu perlu berpuasa. Menyatukan dan memahami budaya & bangsa lain bukan kerja satu malam. Ia kerja berpanjangan & usaha berterusan.

Ada juga yang marah, kenapa ditunjukkan gambar orang melayu memanjat pokok kelapa dan dibawahnya adalah monyet di dalam peta MyBalik Pulau? Apabila kita berfikir negatif memang kita akan dapat yang negatif sahaja.bagaimana dengan penjelasan ini, melayu panjat pokok kelapa, adakah hina pekerjaan tu? Hinakah sesiapa yang bapanya memanjat kelapa dan menjual kelapa untuk untuk mencari nafkah? Mungkin monyet yang di bawah itu adalah penolong pada tuannya & tuannya ingin mengajar monyet itu supaya lain kali monyet tu boleh menolong dia untuk buat kerja atau mungkin itu adalah giliran monyet itu berehat& giliran tuannya bekerja. Monyet tu bukan makhluk tuhan jugakah yang perlu rehat macam kita? Rasanya cukup disitu contoh saya, kerana kalau diberi sejuta contoh yang positif kalau pemikiran masih negatif, minda itu tidak akan kemana-mana.

Soal Melayu hina minta duit kepada ceti, ini lagi satu isu yang saya sendiri rasa mereka memperbodohkan diri mereka sendiri, ibarat menepuk air ke dulang, akhirnya terkena muka sendiri . Rasanya ramai kita-kita ini dibesarkan dengan cerita P Ramlee & melayu lama, dalam cerita-cerita tersebut ada ditunjukkan dalam babak dimana melayu meminjam duit kepada ceti & ceti datang minta hutang, jatuhkah maruah melayu? Kenapa tidak dibidas & dipotong babak itu? Dalam cerita sekarang ada juga babak drama Melayu kena tarik kereta sebab berbulan tidak bayar pada bank, jatuhkah maruah melayu? Keberlangsungan hidup itu bukan mudah, kalau tidak masakan ada anak muda kini yang ingin berkahwin terpaksa meminjam duit di bank-bank untuk memenuhi keberlangsungan hidup. Apakah bezanya? Bezanya ‘chettiar’ adalah bank zaman dulu. RHB, CIMB, Maybank dan lain-lain bank itu ceti zaman sekarang.

Cukuplah mengapi-apikan perkara yang tidak benar. Rasanya masih banyak lagi isu yang boleh mereka-mereka ini ambil berat. Sepatutnya usaha kami diberi penghargaan, jangan ulang peristiwa lembu punya susu sapi dapat nama. Peristiwa Pulau Pinang diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO masih segar dalam ingatan saya. Semasa program itu dijalankan ramai yang mencemuh tapi apabila sudah dapat, yang pergi mendabik dada dan meraikan itu siapa?

Alangkah kejam & taksubnya mereka, itulah warna sebenar orang yang tamakkan NAMA & KUASA.

Speaking Up for Arts ED,
Nordiyana Binti Md Aini (Diyana Aini/DA/DY)
Former Facilitator/Researcher for MyBalik Pulau Project


Comments

Popular posts from this blog

J A T U H

Kisah Dania Qistina - Doa Untukmu

'semangat, mari peluk aku cepat!'