::4 Wives 1 Husband::part I









Selamat Pagi!
( harap ini dapat menenangkan kamu yang tertanya-tanya tajuk di atas)


Bukan aku nk bercerita tentang poligami atau kisah perkahwinan yang bercabang-cabang cawangannya, sama sekali bukan. sebelum kamu semua bertanya kenapa cerita ini baru aku keluarkan, aku akan jawab sekarang. cerita ini bukan baru dan tak juga lama. cuma semasa cerita ini masih suam2 kuku, aku masukkan sementara dalam peti dingin-beku otak aku. kalau dah di masukkan dalam peti dingin-beku pastinya aku mahu dan masih ingin cerita ini di panaskan. lain la kalau aku memang tak nak sudah lama aku buangkan ke tong sampah cerita itu.

Disebabkan cerita ini juga aku di tuduh menjadi orang yang rendah moral, cuma tahu memporak perandakan hidup orang lain. terima kasih atas tuduhan itu. dan aku di sarankan duduk dengan lembu-lembu gila supaya aku tahu betapa rendahnya martabat aku sebagai manusia yang cuba memporak perandakan hidup orang lain. dan pada dia itu pun belum cukup kerana aku penyebab dia bercakaran. aku juga berterima kasih untuk itu.juga berterima kasih pada si dia yang menyebabkan aku dilabelkan begitu.

Cerita ini mungkin basi bagi sesetengah pihak sebab cerita ini sudah bermula sejak Adam-Hawa wujud. cerita ini juga sudah muak bagi seorang nenek tua yang umurnya sudah mencecah 100 tahun, yang mungkin telah bercinta lebih 100 kali sebelum dia bertemu cinta sejatinya, kerana cerita ini pernah di lalui olehnya kira-kira 85 tahun dulu. Ya! cerita sebegini sudah banyak menjadi topik bualan orang...sudah terlalu banyak. dan di sebabkan cerita sebegini juga, ramai orang yang mampu berkahwin tidak mahu berkahwin, orang yang mampu melahirkan anak tidak mempunyai anak, dan orang yang mahu hidup berdua, bertiga atau berempat memutuskan untuk terus berseorangan ke akhir hayat.

Tema mungkin sama, tempat pasti berlainan, latar masa sudah tentu berbeza tapi subjek, objek dan masalah memang sama.

Aku mulakan dengan

First wife - WHAT (APA)
apa yang berlaku
cerita-dia-menipu-sidia
(kenapa aku tak guna wanita menipu lelaki atau lelaki menipu wanita? - sebab aku tak prejudis gender, aku tak amalkan mana-mana diskriminasi gender, lelaki-wanita sama saja)
temanya apa? - cinta (aku da agak, mesti ada yang kata kan aku da agak mesti cerita cinta -helloo..tema cinta ni tak kan lapuk selagi ada namanya manusia, selagi ada Adam-Hawa di dunia ni.)
temanya sama, subjek tetap sama, ada lelaki dan perempuan/wanita.


Second wife - WHEN (BILA)
bila kejadian berlaku
terjadi bila si dia-yang-pandai-menipu-berjaya-menipu-dia
perkara tipu menipu ni mungkin biasa, dusta mendusta ni mungkin mainan mulut si dia-yang-aku-tak faham-motifnya. kejadian terjadi pada latar masa sekitar tahun millennium. cara tipuan lebih moden dengan bantuan teknologi canggih.


Third wife - WHO (SIAPA)
individu yang terlibat
yang terlibat adalah si dia-penipu dan individu-individu yang terperangkap dan di perbodohkan oleh subjek, yang dibutakan mata, dipekakan telinga dan mungkin dipasung kaki. aku katakan begitu kerana ada individu mampu bersuara tapi tak mampu berbuat apa-apa.
kawan-kawan, ahli keluarga dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam babak tertentu.


Fourth wive - WHERE (DIMANA)
lokasi kejadian berlaku
tempat kejadian di mana di muka bumi ini, tapi yang pasti terjadi sekitar Pulau Pinang, Johor Bharu, Kota Tinggi, Mersing dan Kuala Lumpur.
tempat ini di pilih kerana lokasi yang strategik dan permandangan yang menarik oleh si dia-penipu.


First Husband - HOW (BAGAIMANA)
bagaimana terjadi, bila si dia-penipu mula mengecam sasaran.
sasaran @ mangsa di kenalpasti oleh si dia-penipu, lalu bila mangsa sudah terperangkap maka si dia-penipu pun memulakan sandiwara tipuan - nama lain si dia-penipu adalah penglipur lara menumpang simpati, atau muka-simpati-susah-mati-tak tahu-malu



***gambar di atas di letak kerana menggambarkan retakan akibat dusta, dan retakan dari dusta itu menjadi sesuatu yang indah klu di lihat dari jauh tapi cukup buruk untuk di pandang dari dekat

Comments

Popular posts from this blog

J A T U H

Love Your Life

'semangat, mari peluk aku cepat!'