TENTANG SAHABAT

Aku sangat-sangat la rindukan blog ni! Banyak yang aku ingin katakan…banyak juga yang mahu aku ceritakan. Ini salah satu cerita yang mahu aku kisahkan....

Sahabat

Apa yang bermain dibenak anda-anda semua bila aku sebut ‘sahabat’, ‘kawan’, ‘teman’?
Sejak kecil lagi kita-kita diajar untuk berkawan. Dan kita juga dipesan untuk pandai pilih kawan.

Teringat masa aku kecil dulu, kawan sepermainan aku Yan Yan, dia budak lelaki cina yang tinggal kat sebelah rumah aku masa, aku, Mak & Abah tinggal kat Johor Bharu. Aku tak ada adik-beradik lain masa tu, jadi boleh dikatakan hampir setiap hari aku aku akan ber’rumahtangga’ kat rumah dia atau sebaliknya…aku nakal sangat masa kecik dulu. Sampai Mak tak nak bawa aku pegi pasar, sebabnya aku akan mintak ais krim. Ais krim murah tak main la wei! Aku tau rasa…aku nak ais krim mahal je, tu yang Mak aku tak tahan, tak masuk lagi dengan aku tarik barang-barang yang orang berniaga. Tak masuk lagi dengan main lasak sampai berjahit-jahit kaki dan tangan aku ni. Mak akan tinggal aku kat rumah sorang-sorang dan ikat aku kat tiang katil.
Tapi lepas Mak aku percaya aku boleh main elok-elok dengan Yan Yan, Mak tinggalkan aku kat rumah Yan Yan. Sekarang aku dah lost contact dengan Yan Yan lepas kami pindah ke Mersing.

Lepas pindah 2 tahun aku baru ada adik. Tapi dia tak boleh teman aku main, sebab masa tu aku dah sekolah tadika baru adik aku lahir. Masa tu aku kawan rapat dengan Nora a.k.a James, dia duduk depan rumah aku. Dari kecil dia memang lasak, jadi dari dialah aku belajar main bola sepak, badminton, naik basikal, memancing, etc…kami 2 orang je anak dara yang lain semua anak teruna. Jiran aku semua ada anak lelaki je masa tu yang belah kanan ada 4 org anak lelaki yang belah kiri ada 2 org, dan sebelah lagi ada 4 org. kawasan kejiranan aku di penuhi dengan budak-budak lelaki. Jadi aku takde pilihan lain masa tu. Melainkan main dengan diorang…takde istilah main pondok2 ni, kawen2 ni…semua lasak dan melasakkan. Sekarang Nora still dekat Johor dan dia memang jadi tomboy sekarang, dan setiap kali aku balik rumah, mak Nora akan cakap yang gf Nora da balik (merujuk pada aku). Setiap kali balik kalau dia free, kami akan bersembang kat depan rumah sampai 3 pagi.

Selain dari tu masa kat sekolah adalah 2 3 kawan rapat, Siti Nurhanida (ida) – dunno where is she now, after her family transfer to Sabah, we no longer contact to each other. Try to find her in Facebook or Friendster, but couldn’t find her at all. Wish that I will meet her again.

Dalam ramai-ramai kawan sekolah aku rapat dengan Azlan Sulaiman yang boleh aku kategorikan sebagai best friend ever. Kami kenal masa aku dan dia masih hingusan lagi. Sejak kami umur 10 tahun. Masa tu dia main bola sepak untuk wakil sekolah dia, dan aku main netball wakil sekolah aku. Perkenalan tak sengaja di usia 10 tahun tu membawa kepada erti sahabat yang sebenarnya. Bila masuk sekolah menengah kami ditakdirkan satu sekolah dan satu kelas. Lepas tingkatan 3 kami sama-sama ke sekolah teknik, lain jurusan tapi kami masih menjadi wakil sekolah untuk netball dan football. Tamat sekolah menengah aku sambung belajar di Kuantan, Pahang, dia juga sama, walaupun lain institusi tapi masih satu negeri. Hahaha…ramai orang cakap mane ada dia mesti ada aku. Sekarang persahabatan tu dah menjangkau 16 tahun. 16 tahun yang cukup singkat aku rasa. Semoga kami kekal bersahabat….

The most memorable is when I be friend to Azreena & Milyana (Reen & Yana). All lecturers call us as 3 Na coz nama kami yang belakangnya semua Na - Diyana, Azreena & Milyana…hahaha, kami agak nakal masa zaman diploma tu. 3 orang yang nampak sama tapi tak serupa sebenarnya. Last 2 weeks baru dapat khabar dari Reen – dia da kawen ada anak sorang & masih duk kat Johor lagi.
Ikatan sahabat tu sudah terlerai pun antara kami. Persoalan yang mahu kami tanya dan semuka itu sudah ditelan masa. Kini kami mula dengan buku yang baru dan tak mungkin akan jadi macam dulu. Terlalu pahit untuk kami ingat, tapi yang manis itu tetap kami kenang…

Sekarang bila usia da menginjak dewasa ni, aku sudah tahu dan kenal apa itu sahabat, kawan atau teman. Kawan itu ramai, ber‘hai’ bila terserempak, ketawa seronok bila suka, sahabat ada waktu susah dan senang kadang-kadang jadi peneman buat menyapu si air mata dan teman itu serasi bersama dan buat senang hati kita untuk berteman dengannya.

Sekarang aku berteman dengan Ratna, Emma dan Fadzrina. This 3 girls really light up my life.


::with Mrs Emma::

::with Ms Ratna::

::with Ms Fadz::






p/s

*Jangan lupa dapatkan Women's Weekly edisi September, banyak tips berguna...ooppps khas untuk wanita (saya tengah berangan kalau ada yang mahu menaja setahun keluaran Women's Weekly buat saya)

*nampak tak weight scale? saya tengah obses untuk menurunkan berat badan! i want to get back my 2007 figure!

Comments

  1. Orang nak ideal weight. Dia nak beauty figure.

    ReplyDelete
  2. en PK

    hahaha...saya mmg nak beauty figure tp yang penting saya akan dapatkan dengan cara yang sihat...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

J A T U H

Kisah Dania Qistina - Doa Untukmu

'semangat, mari peluk aku cepat!'