W A K T U



Waktu memisahkan kita
Waktu juga menemukan kita

Jika kau marah, kau mahu waktu mu untuk bertenang
Jika kau bersedih kau mahu waktu mu untuk menangis

Yang sering dipersalah hanya 'waktu tak cukup' untuk bersama
Yang sering digunakan hanya 'waktu mencemburui' kita

Harapan aku semoga semua orang punya waktu untuk maaf memaafkan orang lain yang pernah buat dosa pada dirimu, walaupun sepatah kata yang membuat orang lain berkecil hati.

Semoga kita sempat...hidup tak selalu diatas, ada masa dibawah, ada masa kita tersadung, ada masa kita ego sarat didada sebab kita tak mahu kalah, kita rasa kita paling hebat, kita rasa yang didunia ini semua milik kita, kita rasa semua orang tak betul dan hanya kita sahaja yang betul. Tindakan tak seiring akal, perkataan tak setara dengan taraf pendidikan, terlalu megah hingga lupa kita bukan dari kayangan.

Betul, buat apa peduli dengan orang, sebab bukan dia yang bagi kita makan, tapi kalau kita dijemput Ilahi, bukan kita yang mengorek kubur kita sendiri.

Semua ada balasannya, cepat lambat, disini atau disana.

Untuk aku, aku sudah memaafkan tapi tidak melupakan kerana pengajaran masa lalu menjadi sempadan kehidupan.


Lots of Love
Mrs Farih

Comments

Popular posts from this blog

J A T U H

Love Your Life

'semangat, mari peluk aku cepat!'