Ini Kisah Aku

Semalam aku bersahur. Berdua dengan teman.

Menghabiskan sisa berkat Ramadhan. Seingat aku tidak sekalipun aku gagal bersahur tahun ini. Walau pada waktu yang tidak mengizinkan.
(aku tidak akan makan tengahari walau bendera merah berkibar waktu itu – jadi malu pada diri sendiri)

Aku bangun juga, celik-gagahkan mata untuk terbuka, gagahkan juga mulut mengunyah.

Lepas solat Subuh, aku terus bersiap. Mahu pergi menumpah keringat, dan akhirnya cukup bulan dibagi wang untuk sara hidup bulan-bulan.
(aku harap lagi 5 tahun aku tidak terus begini)

Ratna – sudah setuju mahu berbuka sama di Sri Ananda Bahwan.
(berkali dia ajak, mahu berbuka diluar – tapi aku paling malas mahu berbuka di luar, aku tak berapa minat. Ajakannya ditangguh berkali-kali. Berkali-kali juga dia memujuk sampai aku setuju)

Fadz – sudah rancang mahu tonton wayang.
(berkali tertangguh kerana kekangan kerja dan masa – kalau bukan aku pasti dia yang tak jadi, dan sebaliknya. Sudah sebulan tak bertemu muka)

Sebenarnya, aku sudah kurang momentum, sudah jadi pendiam sejak akhir-akhir ini. Banyak yang aku fikir. Dirumah aku cuma memasak bila waktu berbuka, memang dari dulu aku tidak suka bersesak dibazar. Biar masak saja dan berbuka sama teman serumah. Usai Maghrib, Isyak atau kadangkala terawih, aku terus mahu cepat-cepat lelap mata. Terjaga tidur jam 1 pagi, aku mengulang baca buku motivasi, jam 2 terlelap balik. Terjaga semula sekitar jam 5.


Selepas pulang bercuti hari lebaran nanti, aku akan kembali sibuk, dengan latihan DUSTA dan SPRING ART (kontrak yang bakal aku ikat – show di hotel Penang). Sekarang masa untuk tingkatkan stamina. Makan dan minum ketika lebaran harus diperhati, takut terbabas. Nanti aku sendiri sesal tak sudah.

Sudah tidak ada apa yang aku mahu lolongkan. Cuma kalau boleh aku mahu dilorongkan, tetapkan hati, tetapkan kaki juga semangat terus melangkah mencari hidup. kalau bukan selama hidup mungkin juga sebentar kerdipan mata, aku mahu juga merasa. Betapa hebat hidup bersama orang yang disayangi. Berkongsi cerita. Kejut-bangun di pagi hari. Makan bersama. Berjalan mengira kedai, atau juga sekadar perhati bintang di langit.
(banyak yang aku angankan – berangan tak salah, bukan kena bayar tak juga aku rugi walau 1 sen!)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

J A T U H

Kisah Dania Qistina - Doa Untukmu

'semangat, mari peluk aku cepat!'