EDISI KHAS

Rasanya cukuplah entri-entri jiwa menghiasi blog ini, mari kembali ke alam nyata (pari-pari pun bukan selalu terbang sekarang, hujan mencurah-curah)

Ini entri cerita pasal duit, maklumlah raya dah semakin dekat. Dua hari lepas sewaktu bertamu di pejabat JKKN Pulau Pinang, terbukalah kisah duit. Ada yang bertanyakan insurans, tips simpan duit, perlaburan….ah! semua duit, dekat-dekat nak raya ni lagi banyak nak pakai duit. Betul?

‘saya takdelah pandai sangat bab duit ni’ (suara sambil ketawa)
‘yang penting DISIPLIN dan KEMAHUAN’ (suara bertukar nada confident and serious)

Dimana ada kemahuan pasti ada jalan atau where there’s a will there is a way
(en chomel pasti baca entri ini…dan dia akan ckp saya pandai ckp je tapi untuk dia saya pandai bagi macam-macam alasan)

Mari kita teruskan pasal duit, bahan-bahan yang perlu ada ialah….(ooopppss, jangan tukar chanel, anda masih lagi dalam rancangan DUIT DAN ANDA) hahaha…aku memang suka jadi pengacara.

Diyana let’s go to main topic, we had enough introduction.

Setiap inci dalam hidup kita memang kita perlukan duit, dari sejak mula kita lahir hinggalah kita meninggal dunia, kita memang perlukan duit. Semua orang yang dilahirkan pasti ada rezeki masing-masing. Pasti ada sumber baginya untuk mendapat rezeki. Dalam ayat al-quran sendiri ada menyatakan, terjemahan ayat lebih kurang maknanya - ‘Bertebaranlah (mencari rezeki) kamu ke setiap penjuru bumi ini, kerana aku telah ciptakan rezeki mu di mana-mana, tidak aku jadikan sesuatu itu sia-sia…maksudnya setiap apa yang ALLAH cipta itu ada manfaatnya, ada kegunaannya.

I have one story to tell u guys,

It’s about one uncle live in the end of village. He used to walk to his workplace, the workplace and his house will take around 1 hour and half everyday. Why he took so long? It’s because got one hill in the middle of his house and the rest is jungle around the area. This old man has a routine, after he comes back from his workplace he will spend his 2 hours to clear the jungle to make a pathway and he also try to make a tunnel from the hill to his workplace. Most of the villagers called him crazy and just put hard on himself because they said it would not happen and the old man just going to waste his time. You know what this old man reply to those?

‘I might be cannot finish it because I am getting old, but I believe my son and my generation will continue doing this and make it happen. I am not doing this because I want to see the result now, but I believe my son and my generation will get the result.’

Can you catch the meaning of this story? Can you see behind on it? Let me explain.

How many people in this world have insurance? I mean your personal insurance? Your medical card, your own saving and your own investment? How many people reluctant to take a policy and do saving? I know a lot of us didn’t have insurance coverage. You know how important to have insurance policy? Some will say that, I didn’t need it; my company will cover for me. You can predict how long that company wants to hire you? You know the policy? Do you revise it with your company? The answer is definitely not!
Some will say that if I died, my wife or my children only will get that money. What for I save it and others will spend it? Yeah true…but back to Quran.

‘sesungguhnya adalah lebih baik meninggalkan keluargamu dengan harta walau sedikit dari membiarkan darah dagingmu hidup fakir melata-lata’ and ‘Orang yang miskin adalah orang yang malas. Kerana rezeki AKU di muka bumi ini ada di mana-mana’

That’s what the old man does; he didn’t say that he doing that for himself, but it for his generation. At least his generation didn't blame him. He start, and the rest generation can continue it. I don’t want to blame rich and poor, just want to take up Rich mentality. Their old generation really works hard to build the empire, as we can see how many people who really rich and can have cheque book with infinity symbol? They didn’t build their empire with one blinked eye. They made it more than 5years.

Nampak? Maksudnya tidak rugi ada insurans, belajar buat simpanan sendiri. sekurang-kurangnya kamu ada tempat berlindung ketika susah dan kamu dilindungi. Dan paling penting ketika kamu susah kamu tak perlu menadah tangan meminta-minta. Kawan dan saudara mara mungkin akan hulur bantuan walau tak banyak, tapi selebihnya? Mahu keluar surat khabar? Mahu turun naik pejabat kerajaan dan kemudian tunggu berbulan mahu proses permohonan?

Memetik beberapa buku tentang kewangan yang saya baca sejak saya berusia 15 tahun, formula terbaik adalah dengan menyimpan dan membuat rekod setiap apa yang di keluarkan. Lebih elok jika kamu buat bajet setiap bulan. Saya juga menyimpan semua resit perbelanjaan yang saya keluarkan setiap bulan. Bunyinya agak menjengkelkan, takkan beli surat khabar RM1.20 mahu catat juga? Ya, jawapannya perlu. Sebab RM1.20 adalah duit!

Sistem yang saya amalkan adalah system poket, setiap bulan saya akan membuat simpanan (itu adalah tetap) simpanan maksudnya wang dari gaji yang disimpan secara tetap dan tidak dikeluarkan sehingga tempoh tertentu, biasanya simpanan mestilah dibuat sebelum melakukan apa-apa pembelanjaan di lakukan, SAVE FIRST THEN SPEND! Not spend first then save…because in the end of the day u got ZERO.

Berbagai simpanan boleh anda lakukan, minta nasihat perancang kewangan, buat buku perlaburan. Sekurang-kurangnya sebagai Bumiputera anda mestilah ada ASB. Perlaburan tidak perlu banyak, mungkin sekadar RM100 sebagai permulaan simpanan tetap, dan disiplinkan diri menyimpan secara tetap. Jangan lupa juga bersedekah, menyuci harta dan wang. Sebagai orang Islam, ambillah RM10 dari poket kamu letaklah di mana-mana tabung masjid setiap bulan, supaya rezeki kita lebih berkat.

Berbalik pada system pocket, sekarang yang kamu ada adalah baki gaji setelah di tolak dengan simpanan. Setelah itu jangan lupa bil-bil berkaitan, sebenarnya bil-bil ini anda boleh tentukan jumlahnya. Macamana? Anda boleh jangka pengunaannya, berjimat pengunaan eletrik, telefon dan lain-lain. Setelah itu apa yang saya buat dengan baki gaji@income adalah ambil sampul surat dengan meletakkan label-label tertentu seperti, Minyak Kereta, Makan, Entertainment (maksudnya bajet untuk tonton wayang dan sebagainya yang berkaitan dengan hiburan, mungkin juga karaoke), Emergency, Wardrobe dan lain-lain lagi.

Selain itu akaun dan belanjawan mesti seiring dan ‘update’ pengeluarannya serta resit yang disimpan mesti di semak.
Sekarang anda sudah ada pocket/sampul surat berlabel. Macamana system ini berjalan? Anda masukkan jumlah wang yang anda sudah rancang bagi setiap pocket/sampul. Daripada situ anda boleh lihat penggunaannya.

Contohnya, minyak kereta bajetnya adalah RM250, simpan resit setiapkali anda mengisi minyak kereta dan pastikan dia tidak lebih dari bajet yang anda sudah rancang. Bagaimana pula kalau dalam bulan itu anda tidak gunakan sepenuhnya bajet RM250 itu? Jawapan saya, bakinya anda simpan dan masukkan ke akaun simpanan, walau bakinya RM0.50, sediakan satu akaun di mana anda menyimpan baki bajet yang yang tidak digunakan sepenuhnya. Bagaimana kalau tidak mencukupi pula? Anda ada sampul Emergency bukan? Boleh digunakan tapi saya tidak galakkan kerana ia akan mengurangkan disiplin anda, Emergency pocket adalah duit jika sekiranya anda sakit dan memerlukan rawatan di klinik, atau masalah-masalah yng muncul luar dari rencana anda. Sebagai pengurus kewangan diri sendiri anda harus bertegas dengan diri sendiri. Abah selalu kata pada saya 'biar genting jangan putus' maksudnya kalau kamu ada RM10 dalam tangan, jangan belanjakan ke semua RM10 itu, berhemah la mungkin anda cuma belanjakan RM9.50, lebihan RM0.50 itu simpan di tabung. Itu yang saya buat sejak dari kecil. saya tidak akan habiskan ke semua wang saya.

Menjalankan system pocket ini tidak bermakna anda ini kedekut atau tidak menghargai diri anda, tapi saya percaya apa yang kamu buat hari ini kerana kamu mahu esok yang lebih baik. Contohnya saya juga ada kegemaran, saya tidak akan kedekut dalam merealisasikan apa yang saya suka.

'Nobody can go back and start a new beginning, but anyone can start today and make a new ending' - Maria Robinson

Saya akan sambung edisi DUIT DAN ANDA di entri yang lain. Banyak yang mahu saya kongsikan tentang kewangan berhemah.

Selamat Merancang!

p/s

kepada yang mahu belajar lebih lanjut dan kenal apa itu wang sila baca Rich Dad Poor Dad by Robert Kiyosaki - review buku ada di bawah.

kepada yang mahu merancang bersara awal, saya sarankan baca Retire Young Retire Rich by Robert Kiyosaki.

kepada yang mahu tahu kenapa duit penting boleh baca Why We Want You To Be Rich, Two Men - One Message by Robert Kiyosaki dan Donald Trump.




Comments

  1. Selamat Hari Raya Maaf, Maaf, Maaf Zahir Dan Batin
    -Cyril Takayama-

    ReplyDelete
  2. nyda
    time kaceh...nnt ada sambungan lg!

    ReplyDelete
  3. anonymous@Cyril Takayama

    saya tak kenal anda dan saya tidak perlukan ucapan selamat dan maaf itu

    ReplyDelete
  4. Hummm.. harap-harapnya perancangan macam tu berkekalan sampai kawin.

    Tapi kalau kawin pun tak pa, hang pakai duit laki jugak.

    Duit laki duit hang. Duit hang duit hang.

    ReplyDelete
  5. PK

    saya sangat setuju dengan pernyataan

    'duit laki duit hang. Duit hang duit hang'

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

J A T U H

Kisah Dania Qistina - Doa Untukmu

'semangat, mari peluk aku cepat!'