Posts

Showing posts from September, 2009

Nostalgia

Image
That photo taken by a 'bundle' of photographer on March 2007, seriously they are around us that time. they all about 5 to 7 photographer. they come and catch us early in the morning at Cathay Hotel. im using green kebaya and believe or not that kebaya is about 60 years old! u guys see that cheongsam? d one that chinese girl wear? that cheongsam i wearing it today. *wink* this photo taken 3 months before we start the production, and our dearly Janet warn me that i cant put weight until the last day of Ronggeng Merdeka show. Actually why i feel like want to post this kind of entry is because im going to start new Musical Show with Ombak Ombak Art Studio ( previously produce Ronggeng Merdeka) on next Jan 2010 againnnn!!! Oh My! We Did It Again! We going to start our rehearsal on Nov. That time i know that my life will be hectic and no time for me to have weekend holiday, no movie, no meat & no cold drink. This time im still work with this 3 GREAT women. AIDA ...

2 Puisi 1 Jiwa

SEPI Aku belum cari yang mahu aku jumpa Walau hilang tanpa jejak Sudah aku kapankan dalam sepi Siapa kata sepi itu indah? Sepi itu seksa Sepi itu sudah meratah gigit tubuh aku Jadi nanah dalam diam Berbekas-bekas di latam rasa Sudah kebas dalam malam Di daerah sepi itu Biar siang tanpa matahari Biar malam terus kelam Aku yang di peluk sepi Takut mencengkam jiwa Merentak lagu duka Biar aku terus menari dalam seksa BERHENTI BERHARAP Semalam ada yang berdepang tangan memberi pelangi Aku sambut dalam tawa Syukur ku panjat Di hujung tangis yang bersisa Hari ini pelangi aku di bawa pergi Lalu mendung mega di arak kemari Syukur juga aku panjat Dihujung tangis yang merembes Esok mungkin juga ribut yang mahu datang Biar kuyup dalam basah Syukur tak jemu ku panjat Dihujung tangis yang tak mungkin berhenti Kalaupun hari mendatang aku dipukul badai Aku sudah kuat bertahan Benci dan cinta sudah aku buang jauh Sudah hilang dalam tangis Yang tinggal cuma rasa yang kosong Jangan dekati aku Aku sudah t...

Edisi Ketupat-Rendang!

Image
Masih 'mood' raya Saya juga tak kering tangan mencuci pinggan dan gelas sewaktu di Darul Ta'zim Malam ni bermalam di Universiti Malaysia Pahang@UMP Esok akan terus pulang ke Pulau Mutiara Malas mahu update cerita raya lagi Ceritanya panjang berjela-jela sebab raya pertama saya jatuh bilik air,langsung tak boleh bangun dan demam sehingga raya ke-3 Saya sajikan gambar raya dulu ya! Jangan pelik tengok rupa kami! Saya - campur2 melayu ada, siam ada & india skit2 Lurun - more Indian n Malay Look (her big eyes & curly hair) Nitan - More chinese Look (cepet & fair) Ofea - she's fair, big eyes and long eyelash :: me & my sis Lurun:: me & my sis Nitan ::kami ber2 sangat gila bergambar!:: ::we are 10 years different (im 26 & she's just 16!):: ::Nitan n Ofea:: :: Ofea:: :: siapa bakal dicuri dulu?:: ::Abah ckp kami ber3 bakal dicuri orang!:: :: tak mampu na...

EDISI KHAS

Rasanya cukuplah entri-entri jiwa menghiasi blog ini, mari kembali ke alam nyata ( pari-pari pun bukan selalu terbang sekarang, hujan mencurah-curah ) Ini entri cerita pasal duit, maklumlah raya dah semakin dekat. Dua hari lepas sewaktu bertamu di pejabat JKKN Pulau Pinang, terbukalah kisah duit. Ada yang bertanyakan insurans, tips simpan duit, perlaburan….ah! semua duit, dekat-dekat nak raya ni lagi banyak nak pakai duit. Betul? ‘saya takdelah pandai sangat bab duit ni’ ( suara sambil ketawa ) ‘yang penting DISIPLIN dan KEMAHUAN’ ( suara bertukar nada confident and serious ) Dimana ada kemahuan pasti ada jalan atau where there’s a will there is a way ( en chomel pasti baca entri ini…dan dia akan ckp saya pandai ckp je tapi untuk dia saya pandai bagi macam-macam alasan ) Mari kita teruskan pasal duit, bahan-bahan yang perlu ada ialah….( ooopppss, jangan tukar chanel, anda masih lagi dalam rancangan DUIT DAN ANDA ) hahaha…aku memang suka jadi pengacara. Diyana let’s go ...

Esok : Cepatlah Menjelma!

Sesungguhnya saat ini aku memang tak sabar mahu pulang ke RUMAH! . . . Malam semalam sebelum lelap mata aku sempat buat hajat, kat Facebook pun aku 'shoutout'kan 'is it possible if tomorrow become FRIDAY? - i dont want Thursday!!! hah! memang mengarutkan? aku tak mahu khamis sebab maknanya aku ada satu hari lagi di Penang, aku nak balik kampung cepat! bukan sebab tak sabar nak raya, tapi aku sangat rindukan Nurul Nadiah Md Aini - my sis( kite jumpa last masa raya tahun lps ) and d rest of Aini's Family! Esok dalam jam 3 petang aku akan bertolak pulang ke negeri Darul Ta'zim Selamat Tinggal Pulau Mutiara! . . . Barang nak bawa balik kampung aku dah siap pack, dah siap letak kat dalam kereta tau! . . . Ms Karlene esok kita pulang RUMAH sama-sama ya! . . . SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ini Kisah Aku

Semalam aku bersahur. Berdua dengan teman. Menghabiskan sisa berkat Ramadhan. Seingat aku tidak sekalipun aku gagal bersahur tahun ini. Walau pada waktu yang tidak mengizinkan. ( aku tidak akan makan tengahari walau bendera merah berkibar waktu itu – jadi malu pada diri sendiri ) Aku bangun juga, celik-gagahkan mata untuk terbuka, gagahkan juga mulut mengunyah. Lepas solat Subuh, aku terus bersiap. Mahu pergi menumpah keringat, dan akhirnya cukup bulan dibagi wang untuk sara hidup bulan-bulan. (aku harap lagi 5 tahun aku tidak terus begini) Ratna – sudah setuju mahu berbuka sama di Sri Ananda Bahwan. (berkali dia ajak, mahu berbuka diluar – tapi aku paling malas mahu berbuka di luar, aku tak berapa minat. Ajakannya ditangguh berkali-kali. Berkali-kali juga dia memujuk sampai aku setuju) Fadz – sudah rancang mahu tonton wayang. (berkali tertangguh kerana kekangan kerja dan masa – kalau bukan aku pasti dia yang tak jadi, dan sebaliknya. Sudah sebulan tak bertemu muka) Sebenarnya, aku sud...

Ramadhan Yang Mahu Pergi

Image
Kita semua bakal ditinggalkan lagi Jari menghitung 22 Ramadhan Tinggal 8 hari untuk kamu bersama kami ( barangkali ) Betapa ramai yang tidak sabar-sabar Mahu kamu cepat-cepat berlalu Mahu raikan pagi 1 Syawal Aku masih di sini Mengharapkan kamu 1 bulan lagi Aku bukan kira berapa pasang baju Yang mahu aku tayang pada Syawal Berapa banyak kuih raya yang mahu aku telan Atau juga lauk pauk yang penuh meja Aku tidak kira itu Kalau boleh aku mahu 1 bulan lagi Tapi kamu tetap juga akan berlalu Aku tahu itu Biar hampir kiamat Tak akan terjadi 2 bulan Ramadhan Ramadhan kali ini Aku masih di persimpangan yang sama Antara ya atau tidak Kalaulah aku masih tidak bisa pilih Pastinya Ramadhan akan datang Aku masih di simpang yang sama Mencatur hidup itu mudah Cuma aku yang tidak kuat tali Lalu sentap di hujung hati Kalau basah hujan itu bisa lenyapkan aku Mungkin aku yang dulu Kalau terik mentari itu bisa buat aku cair-hilang Pasti aku yang habis... Doa yang berjujuk di amin Waktu aku bersimpuh ditik...

TENTANG SAHABAT

Image
Aku sangat-sangat la rindukan blog ni! Banyak yang aku ingin katakan…banyak juga yang mahu aku ceritakan. Ini salah satu cerita yang mahu aku kisahkan.... Sahabat Apa yang bermain dibenak anda-anda semua bila aku sebut ‘sahabat’, ‘kawan’, ‘teman’? Sejak kecil lagi kita-kita diajar untuk berkawan. Dan kita juga dipesan untuk pandai pilih kawan. Teringat masa aku kecil dulu, kawan sepermainan aku Yan Yan, dia budak lelaki cina yang tinggal kat sebelah rumah aku masa, aku, Mak & Abah tinggal kat Johor Bharu. Aku tak ada adik-beradik lain masa tu, jadi boleh dikatakan hampir setiap hari aku aku akan ber’rumahtangga’ kat rumah dia atau sebaliknya…aku nakal sangat masa kecik dulu. Sampai Mak tak nak bawa aku pegi pasar, sebabnya aku akan mintak ais krim. Ais krim murah tak main la wei! Aku tau rasa…aku nak ais krim mahal je , tu yang Mak aku tak tahan, tak masuk lagi dengan aku tarik barang-barang yang orang berniaga. Tak masuk lagi dengan main lasak sampai berjahit-jahit kaki dan tanga...

Merenda Warna

Image
Pernah rasa tak dipeduli? Hati memberi tapi di balas sepi? Cinta dibagi tapi ditolak-tolak? Ah! Hati bagai di carik-carik Macam mahu melaung pedih Padan muka! Padah mahu menguji Akhirnya hati sendiri yang dikoyak-koyak Kau sakit, aku juga sakit Kita sama-sama sakit Hati kau yang carik koyak itu Aku mahu cantumkan kembali Genggam tanganku Kan senang? Tak perlu kau bersakit rindu Ah! Mungkin kau tak sakit rindu Cuma aku di sini yang terlebih mengharap, barangkali! *khas untuk Ratna **B for Blue (warna kesukaan Mr Chomel saya) betapa saya sedang rindukan kamu!

MERDEKA!

Image
::jalur gemilang:: ::lurus:: ::back to the island::