TUHAN...Saya Amat Bersyukur!

Tadi exam amali Pegawai Kebudayaan B41 selesai sekitar jam 2.30 petang. Saya jangka waktunya akan selesai lebih lambat, tapi mujur calon yang sepatutnya 14 orang cuma 6 orang sahaja yang hadir. Mungkin Tuhan mahu mudahkan lorong rezeki untuk saya.
Tadi pagi saya tidur jam 3 pagi, terima sms dari The Boyfriend jam 3.50 pagi (saya baca sms kamu jam 6.30pagi) mahu khabarkan yang dia sudah selamat sampai Taiping ~ rumah The Boyfriend di sana.

Debaran saya tak hilang sampailah dikenalkan dengan panel penemuduga. Sangat gigil+ ketar, sumpah! Sangat cuak, tapi macam biasa buat-buat cool, hehe. Sayakan Drama Teacher dan juga perancang pelaburan. Kalaulah masa ni anak murid atau client saya tengok, apa agaknya reaksi mereka?

Ujian pertama bermula, bahagian sastera. Saya kena buat satu puisi dalam masa 10 minit. Sekurang-kurangnya 20 perkataan mesti ditulis. Tajuknya ada 3 pilihan ~ sila pilih. Saya pilih Bersatu Teguh, Bercerai Roboh.

Ini yang sempat saya fikir dalam debaran yang masih bersatu dalam dada.

Telah dijalin sepakat
Di padu juga janji sejagat
………………………….
………………………….
………………………….
………………………….
…………………………
…………………………..
…………………………..
…………………………..
…………………………..
Harap nanti jangan sengketa melapah padu
Terus pimpin tangan berdepan musuh

Itu yang mampu saya kongsikan, yang lainnya tak mampu saya siarkan atas dasar kelupaan total apa yang saya tulis tadi. Selepas itu saya di beri masa 5 minit untuk mendeklamasikannya. Alhamdulillah, syukur saya panjatkan ~ semua lancar!

Seterusnya ke bahagian bakat lakon. Saya pilih watak KIAH ~ si kepochi (sangat lain dari watak saya yang sebenar – jadi saya pilih itu)
Itu juga selesai kira-kira jam 11pagi, kemudiannya rehat. Sempat saya cari semangat saya (abah dengan mak yang saya tahu sedang mendoakan saya tanpa kenal erti jemu)
Kemudian sambung pengucapan umum dan di akhiri dengan diskusi kumpulan. Bila selesai, saya amat lega! Ini baru peringkat pertama, ada lagi kedua dan ketiga.

Ini sudah akhir Oktober dan saya sudah mula cari-cari style rambut yang baru. Sudah bosan dengan short bob, long bob kemudian short bob semula. Sedang fikir-fikir mahu style yang lain. Sudah jemulah!Ada juga terfikir mahu buat seperti long chop macam victoria tapi kalau pendek sangat nampak ketara saya macam budak-budak. Biarkan panjang? saya rimas berambut panjang. Saya teringin mahu potong rambut tinggal 1/2 inci. Tapi kerja macam saya tidak memungkinkan perkara itu berlaku. Sebenarnya sudah 3 tahun saya jauhkan diri dari pewarna rambut dan saya tak mungkin akan highlight rambut saya.

saya suka yang ini, tapi hampir sama dengan style rambut saya sekarang. Cuma di'chop' kan sikit.


saya berkenan yang ini, layered+chop+highlight skit..macamane?


ini ok juga, layered+bob+highlight


INFO
Yang memohon untuk jawatan Pegawai Kebudayaan B41 adalah 16000 orang
Yang di'short list' adalah 436 (termasuk saya)
Tapi cuma 20 jawatan yang mahu di isi
Sudah hampir 5 tahun jawatan ini tidak pernah diiklankan


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

J A T U H

Kisah Dania Qistina - Doa Untukmu

'semangat, mari peluk aku cepat!'