BIAR
BIAR
Biar dia dibenam hidup-hidup dalam kenangan tak sudah.
Biar nanti bilanya dia bangkit, ada kuat yang dia bawa.
Biar dia dirantai kunci ketat-ketat dalam rantai mimpi.
Biar nanti bila dia mampu jaga, ada harapan yang dia pikul.
Biar dia diasak-asak dalam sengsara hidup.
Biar nanti bila dia mati, ada cerita yang mampu jadi hikayat.
C.U.K.U.P - CUKUP!!!!
Jangan hulur simpati
Jangan hulur tanganmu
Dia sudah CUKUP jadi manusia
Yang pernah ditidakkan wujudnya
Yang satu masa dulu disampahkan kata-katanya
Yang boleh diinjak-injak pendiriannya
Dia sudah cukup belajar
Hatinya sudah CUKUP lumat
Biar dia, kalaupun dia terbiar
Biar dia mati sepi dari hidup sengsara

Ada sepalit kenangan sama sepertinya. BIAR ia pergi kerana ia CUKUP menyakitkan.
ReplyDeleteBlog perempuan jiwa kacau.
ReplyDeletePK
ReplyDeletesalah ke untuk brkarya? klu brkarya tu jiwanya kacau ke?
Srikandi
ReplyDeleteyg lepas biar jd kenangan, yg sekarang mari nikmati!