.:Semalam Jadi Kenangan:.

Semalam hari ahad, hari bermalas-malasan untuk saya! Sudah lama sebenarnya tidak bermalas-malasan seperti semalam. Bangun lambat, celik mata saya sudah mengadap Sponge Bob (kartun yang cute ok!) hehehe…ptg ni ada lagi kul 5 kat tv9 (mesti tonton!)

Semalam saya juga tidak keluar ke mana-mana, makan pun order McD je, saya habis RM25.95 untuk McD semalam, huh kan bagus keluar dan makan di TGI kemudian sambung bermalas-malasan di rumah. Tak mahu! – saya tidak mahu keluar semalam, mahu duduk rumah dan mengadap tv serta baca buku dan majalah yang saya beli di The Borders (beli tapi tak sempat baca lagi, dan pembalutnya serta tanda harga masih terlekat bersama)

Semalam memang hari yang tidak produktif langsung tetapi saya senang, sebab saya boleh bermesra dengan ‘housemate’, duduk dan baring2 bersama mereka, ketawa dan berbahas berbagai isu dari H1N1 hingga ke kisah artis, sampai kes Iran dan harga minyak yang sudah turun tapi harga tambang tetap naik. Bahagia! Itu patah perkataan yang mampu menerangkan semuanya untuk hari semalam.

Semalam saya, menyelak-nyelak artikel di Women’s Weekly (Majalah Favourite bila mula bekerjaya dan menjangkau usia 24 tahun, mahu belajar jadi wanita heh…) keluaran bulan ini, muka depan kak Vee, Fauziah Latiff dan Stephenie Chai, wanita hebat dalam lingkungan usia mereka. Saya juga mahu jadi wanita hebat, bukan untuk sesiapa tapi untuk ayahanda dan bonda. Salah satu tanda wanita itu berjaya adalah bila mereka menukar dari panggilan dari ‘Ms’ kepada ‘Mrs’, punya anak dan suami ~ itu kata kawan saya ye. saya malas mahu ulas lanjut, sebab sekarang saya masih single dan sedang memanjat tangga untuk jadi wanita berjaya & hebat (amin....)

Semalam Bonda telefon, banyak yang di bualkan, dari makan apa hari ini sampailah apa yang mahu saya buat esok hingga ke soal kahwin, calon, lelaki yang bagaimana etc. Aduh! Topik yang saya tak suka nak bincangkan bila berbual dengan Bonda, sampai saya jadi pening kepala, lekas-lekas makan panadol (takut demam menyerang lagi). Bonda memang prihatin soal itu. Soalan yang saya malas mahu jawab dan ulas.

Tapi apapun semalam hari yang best!
Hari Malas-Malasan Sedunia!

Comments

Popular posts from this blog

J A T U H

Kisah Dania Qistina - Doa Untukmu

'semangat, mari peluk aku cepat!'