Warkah dari Misa


Bonda selalu cakap bila kita bercinta, kaki kita selangkah menuju gerbang derita.
Aku katakan kerisauan itu pada Arjuna, Arjuna berjanji yang dia akan pastikan dia akan bawa kedua-dua kaki melangkah ke Daerah Bahagia. Arjuna berjanji dia tidak akan biarkan semut derita mengigit kami di Daerah Bahagia.

Aku percaya, Arjuna ku akan kotakan janjinya.

Serata ceruk Daerah Bahagia telah mekar, jangankan semut derita, hama sengsara pun tidak berani hinggap, tapi entah di mana silapnya taufan nestapa menyerang singgah di Daerah Bahagia kami. Terlalu pantas, sehinggakan aku tak berdaya. Jangankan aku, Sang Arjuna aku pun tak mampu bertahan. Dia sendiri rebah. Langsung tak bernafas.

Aku terkesima.

Sudah puas aku menyiram kasih, tapi sayang sepadang lalang duka yang bercambah. Aku ingin kembalikan Daerah Bahagia seperti dulu. Sesungguhnya aku ingin. Tapi sayang Sang Arjuna ku rapuh rupanya. Dia lemah, tidak mampu berdiri teguh. Kalau dulu aku fikirkan hanya satu kaki ku yang melangkah ke gerbang derita, tapi kini seluruh anggota tubuhku sudah memasuki Daerah Derita, semut dan hama sengara merayap di mana-mana. Banyaknya melata-lata.

Bonda,
Jangan risaukan anakanda dengan air mata mu, hapuskan ia...anakanda mu ini sudah kering air matanya. Sudah dia berhitung kira tentang hidup. Semakin faham dia dengan percaturan hidup.
Arjuna itu sudah anakanda tinggalkan. Jangan risau bonda, sayap anakanda ini lukanya cuma kecil, nanti anakanda jahitkan.

Ayahanda,
Raut tenangmu itu pembakar semangat anakanda mu untuk terus melangkah. Caturan hidup ini tidak mudah rupanya. Kadang-kadang sudah tinggi anakanda terbang, tapi kuasa Yang Esa siapa tahu, hujan di tengah perjalanan. Sayap anakanda kuyup, terpaksa anakanda akur dan turun ke bumi semula.

Adinda Lurun, Ofea & Nitan
Kakanda mu ini akan terus melangkah. Terima kasih dengan doa kalian. Kamu semua sumber inspirasiku. Akan kakanda pastikan adinda semua tak kan menjejak ke Daerah Derita. Perit yang ku rasa ini cukup untuk seluruh keturunan kita. Duka aku ini sudah cukup untuk buat ayah dan bonda menangis. Kerana titis air mata mereka sudah cukup buat aku sengsara di sini.

Kalian semua,
Aku kini cuba sedaya upaya menyembuhkan luka sayapku, walau kekadang semut derita cuba menggigit aku akan kuatkan semangat. Doakan aku tabah dan mampu terbang lagi.

Doakan agar aku selamat pulang ke Daerah Bahagia.

Comments

  1. whooaa,, somebody is in the rainbow but managed to hide behind the rain...

    well, we are the sunshine,
    and we will always be there for you,
    promised!

    -HOTS Crew

    ReplyDelete
  2. hope sunshine can brighten my day long,
    and help me to dry up my both wings, so i can fly again....

    there frens for sunshine!

    thanks,thanks,thanks

    ReplyDelete
  3. segala puji dan pujian hanyalah kepada yang Maha Mencipta,

    bait kata yang halus tulus mulus hasilan ilham yang sungguh indah dan mulia,
    tiadalah pula sanggup untuk aku mengulasnya walau sepatah perkara,

    tamadun manusia dan institusi kemanusian wujud disini yang sudah lama kucari-cari,

    betapalah harum mekarnya seluruh alam yang bersaksikan empat penjuru semesta yang bakal menyaksikan perbuatan,

    jatuh tersungkur aku berdoa demi menyampaikan maksud dan tujuan,

    jadilah, jadilah dan jadilah, mohonku ikhlas demi menyampaikan maksud dan tujuan,

    tidaklah akan dapat dikau membaca persembunyian bait kata-kataku ini dimata,
    kerana sesungguhnya telah ia terbit dari sudut hatiku yang paling dalam,

    jadilah, jadilah dan jadilah, mohonku ikhlas demi menyampaikan maksud dan tujuan,

    ReplyDelete
  4. NAMOYAKI,

    ikhlas sahabat bawa ke mati, kasih saudara terkubur bersama dan cinta ayahanda bonda biar reput jasad tetap roh teringat jua...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

J A T U H

Kisah Dania Qistina - Doa Untukmu

'semangat, mari peluk aku cepat!'