air mata tumpah
hari ini hari aku mahu menangis semahu-mahunya, kerana apa?
kerana aku sudah lama tidak menangis.
hari ini aku biarkan air mata aku tumpah bak empang pecah...
menahan tangisan yang sudah aku tanggung berbulan-bulan
bukan mahu tunjuk ego...aku ini sukar menumpahkan air mata
aku suka ketawa dan senyum - itu aku
anak mata aku ini sebenarnya selalu membendung air mata
dan aku selalu medongak ke langit bila aku mahu menangis dengan harapan agar air mata aku tidak tumpah
TUHAN,aku syukur kepada-Mu
kerana pagi ini aku masih mampu mencelikkan mata melihat Maha Hebat seni tuhan
mendengar patah bicara suara alam
aku masih mampu menggerakan tubuh
dan kaki aku ini masih bisa melangkah
cuma pagi ini aku bangun tanpa suara
semua patah kata tersekat di kerongkong
dan aku masih bersyukur…
TUHAN, terima kasih dengan setiap dugaan yang engkau beri
aku belajar tentang erti hidup, cinta dan air mata
titis air mata yang tumpah ini bukan bererti aku sudah mahu angkat bendera putih
tidak!
ayahanda selalu kata aku ini memang lahir dengan semangat juang yang tinggi
aku ini pernah bertarung nyawa, bukan sekali tetapi 3 kali sepanjang aku hidup
aku ini pernah terbaring kaku tanpa suara berbulan-bulan lamanya
aku ini pernah tidak mampu makan dan mandi sendiri
ayahanda sanggup berjaga malam ketika semua penghuni alam enak beradu
menahan muntah aku yang keluar tanpa henti saban malam
bonda tanpa pernah merungut, memandikan aku setiap hari,menyuap aku makan dengan harapan aku cepat sembuh
terima kasih bonda, ayahanda
aku tidak akan kalah
aku tetap mahu hidup, aku mahu menjaga bonda,ayahanda dan adinda-adinda ku
setiap hari aku berdoa agar aku cepat sembuh dan berikan aku peluang
tuhan, setiap dugaan Mu, memberikan aku ketabahan yang tidak pernah aku sendiri bayangkan
hari ini TUHAN, aku masih lagi ingat dia
terima kasih kerana ingatan yang masih ada untuk aku
aku tidak pernah cuba untuk melupakan dia
tidak pernah sekali-kali
walau mungkin sampai sayap aku ini sudah tidak mampu lagi terbang
terima kasih tuhan dengan nikmat bahagia yang pernah engkau beri pada aku
hari ini TUHAN, aku masih harap dia kembali
maafkan aku, bukan aku mahu menolak takdir
tapi aku manusia yang selalu tamak
maafkan aku TUHAN
“kalau kita memang ditakdirkan bersama, walau jauh manapun aku berlari aku tetap milik kamu”

penenang jiwa yang tetap di sisi telinga walau saat berjauhan
Tolong eja TUHAN begini. Bukan dengan huruf kecil.
ReplyDeletejikalau engkau sudah bisa mampu memahami setiap bait kata patah bicara suara alam, maka tanyalah oleh mu kepada mereka:
ReplyDelete'mengapakah perlawaan bagi penganugerahan penjaga muka bumi itu tidak diterima oleh mereka, apakah tidak tertanggung akan perlawaan oleh mereka ataupun sebaliknya bicara',
tanyalah,
tanyalah olehmu agar kepastian itu benar-benar dirasakan pasti dan tidak tersoal lagi,
tanyalah, mereka sudah lama membicarakannya,
PK
ReplyDeleteterima kasih atas teguran itu! amat sy hargai...
(sudah dibaiki)
NAMOYAKI
patah suara alam itu memang aku sudah lunak dengannya, cuma kekadang kekangan diri menjadikan aku ini penting diri!
kadang juga bila aku sudah mula bertanya mereka pula menjawab 'kau bertanya setelah kami di sini lelah menunggu dan hilang kata untuk berbicara!'