J A T U H
J A T U H Terjatuh dan kemudian tersadung Lalu tersungkur menyembah bumi Luka di tangan dan lutut Merah warnanya darah Semerah luka hati yang ditoreh Cuba bangun dan mengapai untuk dibuat tongkat Namun patah kerana dek reput Terjatuh lagi, kali ini sakitnya bertambah Selumbar kayu menyucuk tangan Bisanya hingga ke tulang Diraih segala keringat yang ada Ditampung segala beban menyeksa Digagahkan kaki berdiri Dikuatkan hati untuk melangkah Perjalanan masih jauh Kalau jatuh lagi, bangunlah Bangkit, kerana dugaan mematangkan hidup
Comments
Post a Comment