Hari ini, Kiri dan kanan aku nampak sama Kalau dulu, Belok ke kiri walau cahaya berbalam-balam Tetap ada keghairahan di hujungnya Belok ke kanan meriah dengan pesta di tepi jalan Hari ini, Kopi atau sirap bandung yang aku teguk rasa air putih Kalau dulu, Baru jam 10 minum air kopi Dan tak sampai jam 11 tekak sudah teruja mahu teguk sirap bandung Hari ini, Pagi dan petang tetap rasa gelita macam malam, Kalau dulu, Bila petang menjengah sudah tidak sabar mahu ucap selamat malam Dan bila baru lelap mata sebentar sudah terjaga mahu ucap selamat pagi! Hari ini, Hujan dan terik tetap rasa macam duduk di peti beku, dingin! Kalau dulu, Hujan baru titis 3 sudah berebut sarung baju panas Dan tika terik menyengat kulit sudah tak gagah berjalan walau payung di atas kepala ‘Semangat, mari peluk aku cepat!’ Aku mahu rasa kiri dan kanan itu beda Aku mahu rasa kopi dan sirap bandung itu tak sama Aku mahu rasa pagi itu nyaman, petang itu tenang dan malam itu indah Aku mahu rasa hujan itu sejuk dan teri...
Comments
Post a Comment