J A T U H Terjatuh dan kemudian tersadung Lalu tersungkur menyembah bumi Luka di tangan dan lutut Merah warnanya darah Semerah luka hati yang ditoreh Cuba bangun dan mengapai untuk dibuat tongkat Namun patah kerana dek reput Terjatuh lagi, kali ini sakitnya bertambah Selumbar kayu menyucuk tangan Bisanya hingga ke tulang Diraih segala keringat yang ada Ditampung segala beban menyeksa Digagahkan kaki berdiri Dikuatkan hati untuk melangkah Perjalanan masih jauh Kalau jatuh lagi, bangunlah Bangkit, kerana dugaan mematangkan hidup
I was surprised when I saw my friend’s status in FB yesterday. I never imagined that these things happen in the area where I live. Never. It's like an arrow sharp jerking my daydreams. Pastinya, ramai orang dah baca newspaper pasal issue budak perempuan 3 tahun mati didera ibu tirinya. Sesiapa yang tak baca lagi sila ke link ini http://mysifu.net/news/nur-dania-qistina-nurafizan-didera-73-kesan-cedera/ Selalunya bila kita baca berita kita cuma akan cakap ‘kesiannya budak ni…’ tapi macamana kalau kita baca berita dan orang yang tersiar dalam berita tu orang yang kita kenal? Mengucap panjang....i’m speachlees. It was like, what are the hell this person thinking??? What are type of person you are? Masa dapat tahu berita tu, I terus google & call my parents. My dad was answering the phone, he said both father’s (who used to be my ex-classmate & my senior at the school, consider close friend last time) & the step mother was arrested last 2 days at Felda Tenggaroh 6. My dad s...
Hari ini, Kiri dan kanan aku nampak sama Kalau dulu, Belok ke kiri walau cahaya berbalam-balam Tetap ada keghairahan di hujungnya Belok ke kanan meriah dengan pesta di tepi jalan Hari ini, Kopi atau sirap bandung yang aku teguk rasa air putih Kalau dulu, Baru jam 10 minum air kopi Dan tak sampai jam 11 tekak sudah teruja mahu teguk sirap bandung Hari ini, Pagi dan petang tetap rasa gelita macam malam, Kalau dulu, Bila petang menjengah sudah tidak sabar mahu ucap selamat malam Dan bila baru lelap mata sebentar sudah terjaga mahu ucap selamat pagi! Hari ini, Hujan dan terik tetap rasa macam duduk di peti beku, dingin! Kalau dulu, Hujan baru titis 3 sudah berebut sarung baju panas Dan tika terik menyengat kulit sudah tak gagah berjalan walau payung di atas kepala ‘Semangat, mari peluk aku cepat!’ Aku mahu rasa kiri dan kanan itu beda Aku mahu rasa kopi dan sirap bandung itu tak sama Aku mahu rasa pagi itu nyaman, petang itu tenang dan malam itu indah Aku mahu rasa hujan itu sejuk dan teri...
Comments
Post a Comment