Tangan Kaku, Kuku Biru


Kukunya yang biru bukan kerana fantasi
Jiwanya sudah dilelong semalam di tepi jalan
Tika longlai tubuhnya saat melepas jiwa itu pergi
Nafasnya turut hilang
Lalu tangannya kaku di situ
Ratusan mata yang tertancap padanya
Puluhan mulut menebar cerita
Tapi tiada satu pun yang berani menghulur tangan

Tangan kaku & kuku birunya tiada siapa yang peduli
Raganya sudah roboh
Mana bisa ditampung
Nafasnya tumpah
Jiwanya dilelong terbang

Comments

Popular posts from this blog

J A T U H

Kisah Dania Qistina - Doa Untukmu

'semangat, mari peluk aku cepat!'