TUHAN...Saya Amat Bersyukur!
Tadi exam amali Pegawai Kebudayaan B41 selesai sekitar jam 2.30 petang. Saya jangka waktunya akan selesai lebih lambat, tapi mujur calon yang sepatutnya 14 orang cuma 6 orang sahaja yang hadir. Mungkin Tuhan mahu mudahkan lorong rezeki untuk saya.
Tadi pagi saya tidur jam 3 pagi, terima sms dari The Boyfriend jam 3.50 pagi (saya baca sms kamu jam 6.30pagi) mahu khabarkan yang dia sudah selamat sampai Taiping ~ rumah The Boyfriend di sana.
Debaran saya tak hilang sampailah dikenalkan dengan panel penemuduga. Sangat gigil+ ketar, sumpah! Sangat cuak, tapi macam biasa buat-buat cool, hehe. Sayakan Drama Teacher dan juga perancang pelaburan. Kalaulah masa ni anak murid atau client saya tengok, apa agaknya reaksi mereka?
Ujian pertama bermula, bahagian sastera. Saya kena buat satu puisi dalam masa 10 minit. Sekurang-kurangnya 20 perkataan mesti ditulis. Tajuknya ada 3 pilihan ~ sila pilih. Saya pilih Bersatu Teguh, Bercerai Roboh.
Ini yang sempat saya fikir dalam debaran yang masi...