Waktu memisahkan kita Waktu juga menemukan kita Jika kau marah, kau mahu waktu mu untuk bertenang Jika kau bersedih kau mahu waktu mu untuk menangis Yang sering dipersalah hanya 'waktu tak cukup' untuk bersama Yang sering digunakan hanya 'waktu mencemburui' kita Harapan aku semoga semua orang punya waktu untuk maaf memaafkan orang lain yang pernah buat dosa pada dirimu, walaupun sepatah kata yang membuat orang lain berkecil hati. Semoga kita sempat...hidup tak selalu diatas, ada masa dibawah, ada masa kita tersadung, ada masa kita ego sarat didada sebab kita tak mahu kalah, kita rasa kita paling hebat, kita rasa yang didunia ini semua milik kita, kita rasa semua orang tak betul dan hanya kita sahaja yang betul. Tindakan tak seiring akal, perkataan tak setara dengan taraf pendidikan, terlalu megah hingga lupa kita bukan dari kayangan. Betul, buat apa peduli dengan orang, sebab bukan dia yang bagi kita makan, tapi kalau kita dijemput Ilahi, bukan kita ya...
Aku kini boleh tidur awal! (sebab sebelum show dusta aku ada latihan dari jam 9 sehingga jam 12 tgh mlm dan ke atas) Aku kini boleh keluar selepas waktu bekerja dengan Fadz, Ratna, YP, Mr N, Mr L, Mr F, Mr D.... (sebab sebelum ini aku di kenakan perintah berkurung, aktiviti yang lain terpaksa di catu!) Aku kini boleh keluar berlibur di hujung minggu (sebab sebelum show Dusta aku terpaksa melupakan keseronokkan hujung minggu, latihan bermula jam 3 petang hingga malam) Aku kini tidak perlu di rantai kaki pada hampir setiap malam (sebab semasa latihan Dusta kaki aku di rantai dengan rantai besi yang beratnya lebih dari 10 kg - mungkin, menyebabkan kaki aku lebam) Aku kini boleh menarik nafas lega.........fuhhhh (sebab aku tak perlu lagi di komen dan meng'komen' selepas sesi latihan) Aku kini boleh berputar 360 darjah tanpa pening! (sebab setiap hari aku kena memikirkan tentang watak dan perwatakan) terima kasih pada semua warga produksi kerana kita berjaya mementaskan ::DUSTA PADA...
J A T U H Terjatuh dan kemudian tersadung Lalu tersungkur menyembah bumi Luka di tangan dan lutut Merah warnanya darah Semerah luka hati yang ditoreh Cuba bangun dan mengapai untuk dibuat tongkat Namun patah kerana dek reput Terjatuh lagi, kali ini sakitnya bertambah Selumbar kayu menyucuk tangan Bisanya hingga ke tulang Diraih segala keringat yang ada Ditampung segala beban menyeksa Digagahkan kaki berdiri Dikuatkan hati untuk melangkah Perjalanan masih jauh Kalau jatuh lagi, bangunlah Bangkit, kerana dugaan mematangkan hidup
Comments
Post a Comment