Posts

Showing posts from December, 2013

2013

Image
Kurang lebih 7 hari tahun 2013 akan berlalu, banyak suka duka yang aku lalui dalam tahun ni. Adatlah hidup ada turun naiknya, yang penting jangan putus asa. Hidup cuma sekali dan nikmatilah dengan penuh bersemangat! Tahun ini, tahun yang agak mencabar untuk aku, menyesuaikan diri dengan suasana kerja yang baru, tanpa teman-teman rapat, tanpa tunang dan juga tanpa keluarga. Sedikit sebanyak mengajar aku tentang erti sabar, dan sunyi. Tapi dalam tahun ini juga aku dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan lama, berjumpa kenalan baru dan lebih faham erti sahabat sebenarnya. Manusia pelbagai ragam, dengan kawan yang tikam belakang, kawan yang cuma kawan untuk ambil kesempatan dan kawan yang cuma berkawan atas sebab tertentu. Friends of benefit katanya... Tahun ini, awalannya baik, aku sempat bercuti, ke Bandung, merehatkan otak sebelum overwhelm with load of works. Kadangkala, tak semua indah, pasti ada yang ujian untuk uji kesabaran kita. Bulan oktober dan november adalah paling m