Posts

Showing posts from August, 2009

PAMERAN MASA

Image
2 hari selepas aku cecah 26 pada 26 lepas. Semalam aku susur pameran masa yang bergerak depan mata. Lorong-lorong sempit pameran aku susur, tanpa mahu aku tinggal walau sekedip mata. Tapi apakan daya, mata aku bukan skrin TV. Aku manusia yang perlu kerdip mata untuk cuci lensa pinjam-pinjaman TUHAN ini. Pameran masa semalam, aku cuma dipisahkan dengan kaca setebal setengah inci. Hujan di luar mencurah-curah. Dinginnya menggigit kulit. Mengajak mindaku berfikir-fikir. Akhirnya aku dengan kurung ungu tanpa kasut,berlari keluar. Ingin lihat pameran masa lebih dekat. Aku kuyup.lencun.gigil. * senyum walau pahit * Dalam pameran masa itu, aku hilang dalam ramai. sunyi.kosong.hilang 26 huruf yang aku tahu terkedang dibenak. Betapa aku jadi jakun bila melihat ABC. Betapa aku jadi tolol mahu susun kata. Semua jadi tak kena. Sesungguhnya aku sudah habis kalam mahu pujuk dia. Aku yang khilaf. Dan aku sedang tenggelam dalam pameran masa, biar masa yang terus memotret aku dalam pameran ini.

CERITA I hingga IV

Cerita I Aku sudah ada dalam perut bas, perjalanan yang mungkin suhunya 36° C (suhu badan aku la, bukan suhu bas tu) akan menuju ke Johor Bharu. Tak sabar betul nak sampai rumah. Sampai kat jambatan Pulau Pinang aku da terlelap…sedar-sedar da dekat KL, lepas tu sambung tidur balik then sedar-sedar da kat Larkin. Terus turun dengan muka yang x mandi tapi control lawa tu, aku turun bas… Dalam kepala otak, macam-macam aku fikir, mana satu nak buat dulu bila sampai rumah nanti. Abah jemput aku. Aku tengok Abah makin tua, rambut yang memutih itu makin banyak. Aku sambut tangan Abah, Abah gosok kepala dan peluk aku seperti selalu. Kasih Abah tak pernah kurang biar aku buat salah melimpah, marahnya tanda dia sayang yang tak pernah bertepi. Aku berbual dengan Abah sepanjang jalan, macam-macam cerita keluar. Akhirnya aku sampai satu tempat yang aku boleh panggil itu RUMAH! Sampai rumah, aku nampak Ofea dan Nitan, sudah tunggu aku depan halaman rumah. Berlari-lari Ofea peluk aku, ber

.:Selamat Tinggal:.

saya mahu pulang bonda & ayahanda ::anakanda mu pulang!:: si dia ::esok kita buka puasa sama2 ya!(tak sabar nak bertekak dan berperang lidah dengan kamu dan saya tahu kamu akan tetap biarkan saya menang macam selalu!) nanti kita amik gambar banyak2:: Lurun ::tak best la balik kali ni kamu takde kat rumah, rindu la wei!:: Ofea ::saya tahu esok kamu pasti akan menangis sbb saya akan kacau kamu sampai kamu menangis:: Nitan ::malam esok kite akan tidur lambat, berbual sampai pagi, bergaduh lepas tu baik balik, berebut siaran tv, dengar lagu yang kita suka, main make up, tangkap gambar byk2 dan main kejar2 dalam rumah macam selalu yang kita buat bila saya pulang:: Ms Karlene ::saya tinggal kamu 5 hari je tau! saya pasti akan rindukan kamu:: My Blog ::saya tinggal kamu dulu ye! balik penang baru saya 'update' kamu!:: Mr Chomel ::terakhir tapi kamu yang paling saya rindu sekarang!saya tak sabar nak jumpa kamu 28 ni, hati saya cuma untuk kamu seorang je tau!:: **mood saya x ber

Thai Puppet Performance

Image
.:Hun Lakhon Lek Joe Louis :. Last night was so amazing night that me & Fadzrina had. I receive an invitation from The Royal Thai Consulate-General, Penang to attend their 1st year celebration for the art & culture. They had a Traditional Thai Puppet Performance. Once the invitation in my hand, i did call them for reservation, the girl from Thai Consulate who attend my call ask me did im going to bring my partner or not. 'err...err..can i bring a girlfriend?' (see how straight n 'jakun' am i, just bring je la right? because later on they will not check who are the people that you bring in, i just need to tell them that i want to reserve for 2 ppls ) hahaha...diyana, diyana... so end up, i reserve 2 seats and start thinking who am i going to bring (i dont want to be alone to watch such a good performance) ratna! - she cant make it, coz sh e had to stay up after work. Fadz! - i text her on facebook, then waiting her for reply, owh..she said she might be got som

Malam Balah

Image
cinta kita bukan lagi untuk di mengertikan tetapi untuk dirasakan aku bukan lari tapi aku mencari mencari diri ku yang hilang dulu malam balah semalam malam jadi makin pekat dan makin kelat satu saat jadi 24 hari itu seksa aku mahu hitam kembali putih dan warna merah darah kita tetap merah harap pimpin tangan aku sampai bila-bila

::Pelangi Aku 8 Warna::

Image
SIA-SIA by Chairil Anwar Penghabisan kali itu kau datang Membawa kembang berkarang Mawar merah dan melati putih Darah dan suci Kau tebarkan depanku Serta pandang yang mamastikan: untukmu Lalu kita termangu Saling bertanya: apakah ini? Cinta? Kita berdua tak mengerti Sehari tak bersama. Tak hampir –menghapiri Ah! Hatiku yang tak mau memberi Mampus kau dikoyak-koyak sepi * di kasi oleh si Luna (rakan gila puisi) untuk si Misa (rakan yang jakun)

::musim memetik bunga::

Image
sa yang, harap kamu terus pimpin tangan aku, sampai bila-bila sayang, tandunya sudah siap tinggal kita duduk saja sayang, walau aku pandangnya timur dan kamu memandang ke barat tapi kita tetap memandang bulan yang sama sayang, hati kita sudah satu telah kita tinta dengan nama CINTA kalam beku yang kaku sudah kau beri makna sayang, aku cuma org kerdil yg mampu menadah tangan dan menutur 'AMIN' dihujung doa dgn tawakal setelah semua usaha kita rencanakan... sayang, aku ini milik kamu sekarang, hati aku juga, walau hati itu sudah pernah berkecai dan lumat terima kasih kerana kau sudi mencantum tampalnya hati itu kini kuat degupannya dgn cintamu terima kasih sayang! untuk kamu (mohamed fazil), kamu itu untuk aku, sampai bila-bila...ini musim memetik bunga cinta sayang! cinta kamu itu aneh ya! datang tanpa bunyi sebab aku fikir cinta bila datang mesti dengan loceng tanda!

Bermula Sekali Lagi

Dalam hidup kita, ada satu-satu masa yang terpaksa kita bermula sekali lagi. ‘Restart all Over Again’ Bermula dengan yang baru tak semestinya yang lama itu di buang, kalau masih elok dan tidak beban otak untuk menggalas, ayuh,bawa yang lama untuk rujukan! Cuma adakalanya bila bermula sesuatu yang baru itu kita terpaksa buang dan kambus terus yang lama. Memang perlu buang jauh-jauh kalau sakit untuk di gendong dalam benak otak. Setiap pagi bila celik dari mati yang sekejap, aku percaya ada sesuatu yang baru akan berlaku dalam hari itu. Terima kasih TUHAN sebab bagi aku peluang untuk hidup lagi. Bersedia dan sabar! Penting menghadap hari depan yang kabur. Adakalanya aku merancang hari depan, merancang tiap inci. Hidup ini perlu ada makna, untuk apa, untuk siapa. Kadang kala kita cuba berbasa basi tentang hidup, ambil endah tak endah. Aku juga ada masanya begitu. Melayari hari tanpa ambil pusing tentang hidup esok. Nama pun manusia, yang selalu tak sempurna dan ada masa juga anggap diri t

Aku Mahu Terbang

Image
.:mahu belajar terbang:. .:tapi tangan dan kaki terpasung:. Aku mahu terbang, tapi tak mahu jadi kumbang hinggap ke satu bunga ke satu bunga habis madu-sepah-dibuang Aku mahu terbang, tapi tak mahu jadi burung terbang ikut angin monsun sampai masa kena tembak dengan pemburu Aku mahu terbang, tapi tak mahu jadi kapal terbang terbang ikut jadual bawa muatan bertan-tan Aku mahu terbang, Mahu terbang tanpa perlu hisap madu Mahu terbang tanpa ikut angin monsun Mahu terbang tanpa ikut jadual Aku mahu terbang, Supaya aku bisa jumpa bintang setiap masa tanpa tunggu malam datang menjelma Sebab itu aku perlu semangat ! Semangat yang boleh bawa aku terbang!

'semangat, mari peluk aku cepat!'

Image
Hari ini, Kiri dan kanan aku nampak sama Kalau dulu, Belok ke kiri walau cahaya berbalam-balam Tetap ada keghairahan di hujungnya Belok ke kanan meriah dengan pesta di tepi jalan Hari ini, Kopi atau sirap bandung yang aku teguk rasa air putih Kalau dulu, Baru jam 10 minum air kopi Dan tak sampai jam 11 tekak sudah teruja mahu teguk sirap bandung Hari ini, Pagi dan petang tetap rasa gelita macam malam, Kalau dulu, Bila petang menjengah sudah tidak sabar mahu ucap selamat malam Dan bila baru lelap mata sebentar sudah terjaga mahu ucap selamat pagi! Hari ini, Hujan dan terik tetap rasa macam duduk di peti beku, dingin! Kalau dulu, Hujan baru titis 3 sudah berebut sarung baju panas Dan tika terik menyengat kulit sudah tak gagah berjalan walau payung di atas kepala ‘Semangat, mari peluk aku cepat!’ Aku mahu rasa kiri dan kanan itu beda Aku mahu rasa kopi dan sirap bandung itu tak sama Aku mahu rasa pagi itu nyaman, petang itu tenang dan malam itu indah Aku mahu rasa hujan itu sejuk dan teri

Bicara Sama Bintang

Image
Mata mendongak langit Bintang tanya 'kamu tunggu aku?' 'tidak, aku tunggu hujan ' jawab aku 'tidak cukup hujan semalam?' Bintang tanya lagi 'cukup untuk membasahi bum i ini, tapi tidak cukup menyejukkan hati ' Bintang diam. mungkin Bintang fikir aku kejam. Aku cuma mampu lihat bintang ketika malam. Walau sebenarnya Bintang wujud setiap masa. 'Biar kamu lihat aku, biar aku tidak tunggu kamu, tapi aku cukup tahu kamu ada' kata aku (biar pun sebenarnya dalam hati aku mahu kata ~ betapa aku mahu Bintang setiap hari, setiap masa! ) 'E.G.O ! jerit Bintang 'Ya, aku ego Bintang' Bintang, harap kamu faham yang aku kini pijaknya di tanah, sudah tak mampu terbang dan bercumbu dengan kamu di atas sana ~ terlalu tinggi untuk aku. Aku tunggu hujan untuk membasuh luka sayapku. Biar cepat sembuh, agar mampu aku terbang lagi dan bisa aku jumpa kamu seperti selalu. Seperti dulu. Untuk itu aku tinggal Bintang. Berpijak di bumi basah, menghidu aroma ta

[C][O][M][P][L][A][I][N][T]

Image
Saya jarang buat 'complaint' secara rasmi atau tidak, kadang-kadang dalam hati tu memang mendidih tapi sebab saya ni selalu fikir dulu sebelum cakap dan selalu fikir yang baik2. Jadi air yang mendidih dalam hati tu selalu saya suakkan dengan minum air sejuk, tarik nafas panjang2 atau buka radio kuat & ikut nyanyi sekali. Ya...memang ramai manusia kat dunia ni tak berpelajaran tinggi, rata-rata punya SPM atau STPM, tapi itu bukan soalnya. Kerana perkara seharian yang kita lalui ini cuma kita perlu guna akal yang TUHAN beri, tak perlu ada Degree, Master atau PhD untuk melayari hidup di muka bumi TUHAN ni. Anda cuma perlu ada Master in Common Sense, kan mudah tu. Common Sense memang takde dalam subjek mana2 sekolah atau universiti. Tidak perlu bayar yuran untuk mendapatkannya, tak perlu juga mengupah guru tuisyen, tak perlu juga kelas dengan kerusi meja, dan yang penting semuanya percuma dalam hidup anda. Guru ada disekeliling, yurannya anda cuma perlu ada kesanggupan ~ sanggu

Lelap Dalam Jaga

Image
Aduh! da kul 3.10am . . . mata tak pejam lagi ni . . . da puas aku berpusing kiri-kanan-kiri biji mata segar lagi...huuuuu lalu si comel BB di ambil, folder inbox di buka 'A reminder 4 tomorrow morning medical check up: pls come on 9am. Pls start fasting fr tonight 12 midnight. Plain water is allowed. TQ! panjang berjela reminder tuh! kena puasa start midnight td...huuuu, jap lg kul 9am ada medical check up. rutin saban tahun sejak aku umur 8 tahun. mesti buat ok! dan esok aku akan menjawab semua soalan doktor dengan jujur dan ikhlas tentang diri aku. awak aktif hubungan seks dalam tahun ni? ada merokok tak tahun ni? awak minum minuman keras tak tahun ni? alergi macamane? getting better or not? senaman rutin awak buat tak? pemakanan awak jaga tak? etc soalan tu memang wajib ok! jangan salah faham... . . . lapar... tapi tak boleh makan plak skrg ni... (jgn lupe plain water is allowed only!) dush!!!~~~ lalu maxis on d ball putih aku amik...teguk air di dalamnya! (plain water ok) ape

KAMU

Image
dari anak mata aku ini hanya kamu yang aku lihat setiap gerak langkah yang aku orak ada kamu yang aku bawa bersama dan setiap desah nafas ini ada nama kamu yang aku sebut dalam tidur pun ada kamu yang aku mimpikan kadang-kadang aku mahu lari atau terbang ? aku bisa lari dan terbang tapi ingatan aku pada kamu tak mampu putus tak mampu jua hilang sungguhpun kadang-kadang aku benci dengan kamu benci cara kamu benci bila ingat kamu tapi aku aku tak mampu aku cuba untuk lupakan kamu ~ tapi semakin kuat kamu tahu ! ~ mr takayama & ms misa amane in memory ~ they always sweet in my eyes,always...

.:Semalam Jadi Kenangan:.

Semalam hari ahad, hari bermalas-malasan untuk saya! Sudah lama sebenarnya tidak bermalas-malasan seperti semalam. Bangun lambat, celik mata saya sudah mengadap Sponge Bob (kartun yang cute ok!) hehehe…ptg ni ada lagi kul 5 kat tv9 (mesti tonton!) Semalam saya juga tidak keluar ke mana-mana, makan pun order McD je, saya habis RM25.95 untuk McD semalam, huh kan bagus keluar dan makan di TGI kemudian sambung bermalas-malasan di rumah. Tak mahu! – saya tidak mahu keluar semalam, mahu duduk rumah dan mengadap tv serta baca buku dan majalah yang saya beli di The Borders (beli tapi tak sempat baca lagi, dan pembalutnya serta tanda harga masih terlekat bersama) Semalam memang hari yang tidak produktif langsung tetapi saya senang, sebab saya boleh bermesra dengan ‘housemate’, duduk dan baring2 bersama mereka, ketawa dan berbahas berbagai isu dari H1N1 hingga ke kisah artis, sampai kes Iran dan harga minyak yang sudah turun tapi harga tambang tetap naik. Bahagia! Itu patah perkataan yang mamp

.:MOVIE:.

Image
semalam ingatkan just nk tgk The Proposal je, tapi bile da sampai, fadz tanya nak buat keja gila tak? aku senyum, jom! (tak sampai 2 saat fikir tau untuk menjawab soalan Fadz tu,heee...) ape lagi kalau bukan movie marathon, ha...lepas tgk The Proposal kami decide nak tengok SETEM filem baru dari Khabir Bhatia. Aku tak pernah dengar pun tapi tengok poster macam menarik je. Malam tadi malam ketawa, dari cerita The Proposal yang kelakar sampailah SETEM yang buatkan aku tak habis2 ketawa ( yelah da minggu lepas aku menangis je) The Proposal mula 9.45pm habis jam 11.15 then continue dgn SETEM abis jam 1.30am. aku takkan buat review untuk both cerita, yang penting kalian pegi panggung dan tengok sendiri k! .:theProposal:. .:SeTeM:. ini memang termasuk dalam agenda semalam, memang sudah ada dalam list . Aku memang mahu dapatkan kamu semalam. .:sempat beli handbag baru:.